Saturday, May 31, 2008

Kenduri Kahwin

Sejak minggu lalu lagi, teman dan isteri tak putus-putus menghadiri majlis kenduri kahwin sedara-mara dan sahabat handai. Ada yang jauh dan ada yang dekat. Apa pun jadual diatur supaya semua undangan dipenuhi. Bukan apa, kalau orang sudi menjemput, pastinya kita kene sudi menerima. Terima kasihlah pada yang sudi menjemput.

Cuma yang teman nak komen ialah 'reception' yang 'elaborate' walaupun kos dah melambung tinggi. Tentu banyak belanjanya. Lauk pauk pelbagai jenis. Kuih muih tak terkira. Belum dicampur dengan bunga telur, potpouri dan sapu tangan. Kalaulah boleh difikirkan kaedah yang lebih berjimat, tentu banyak manfaat.

Yang penting akad nikahnya. Yang nak diraikan tetamu dan pengantin baru. Biar 'reception' tetap gah namun pembaziran tiada.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...