Monday, May 16, 2011

354. TERKEJUT BERUK KENE TEGUR…

Oleh: muzill.mansor

Saje nak cerite…

Pagi tu aku memang kalut…dan serabut… dah dua tiga minggu mengayun kat treadmill. Ikut mood…kadang-kadang tegeliat…

Tapi pagi tu memang angin satu badan.

Selesai treadmill, belakang sakit giler… Lemak tak kurang-kurang gak.

Takleh jadik nie... sambar kunci kete berdesup terus kat famasi carik koyok. Mane tempat yang dah keriyok, sedap ni kalau tampal koyok.

Selambe je pakai seluar pendek… takle pendek sangat…kire bawah lutut le. Sekali-sekali je pakai macam ni.

Depan farmasi terserempak sorang pak Aji, dia renung aku dan terus dia bagi salam. “Assalamu ‘alaikum”.

Sape ntah ni…Tak kenal pun…Dah pakai ketayap putih, pak aji le tu kot... Orang dah bagi salam, jawab je le. Tak jawap, biadab lak…

“Wa’alaikum mussalam warahmatullah”.Panjang le sikit jawab salam, kene respek lebih, ni Pak Aji.

Dia senyum, aku sengeh le balik. Aku tengok dia teropong lain macam je…Macam ade bende tak kene…

”Pakcik nak cakap sikit, jangan marah ye” kate Pak Aji.

“Takpe, abende pakcik nak cakap?” aku tanye.

Pakcik susul dengan soalan tambahan “Ngape pakei seluar pendek, tak tutup aurat tu?”

Hahh…Aku tengok dia atas bawah, atas bawah…Kire seluar pendek aku ok pe?…bawah pade lutut…

Bengang gak kene sound macam ni. Nasib baik takde orang lain.

Teringat pulak pesan cikgu-cikgu… biar beradab dengan orang tua…cool le sikit…

”Oh, saya nak cepat tadi, tak sempat tukar seluar lepas exercise, lain kali saya lebih beringat. Terima kasih pakcik” kate ku… control gilerrr, beb.

Ok le, bukan kene bayar pun. Lantak le…Orang tua kadang-kadang diorang tengok macam lain…mane boleh same dengan orang mude…banyak beza…

Kite ingat dah ok, dia orang tengok tak ok.

Dia senyum…barangkali puas dapat sound aku.

Aku masuk kedai beli koyok. Pelik tapi bila keluar kedai dan masuk kete, rase sengal-sengal dah mule lege…

Sesekali mase workout kat treadmill sekarang, teringat muka Pak Aji yang relaks je…Ntah-ntah dia pun teringat muke aku yang terkejut beruk kene tegur…aku senyum sendiri.

Sape lah hamba Allah tu…

P.S

Sempena hari guru…Kepada semua cikguku dan semua guru, daripada peringkat tadika sehinggalah ke peringkat university dan peringkat professional. Begitu juga guru-guru tak rasmi…

TERIMA KASIH CIKGU.

1 comment:

doncin cai said...

hormat orang alim kerana ilmunya
hormat orang tua kerana pengalamannya
hormat budak kecik kerana deme kurang dosa....

pada mike le, nik aziz vs harussani, yang mana patut kita lebih hormat ?
deme tu udah penuhi 2 syarat... orang tua dan orang alim...

naka dapat pahala paling mudah...
tengok kaabah
tengok al Quran
tengok muka emak bapa
tengok muka cikgu kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...