Saturday, March 28, 2009

A picture that paints a thousand words

Wednesday, March 25, 2009

MANUSIA SUKA TERUS BERHELAH

Seketika dahulu semua kawasan disini dinamakan Hutan Simpan Kekal Pondok Tanjung, Selama, Perak. Mudah dapat anak-anak ikan kelisa atau arowana dari anak sungai dalam kawasan hutan simpan ini. Teduh dan indah pemandangan, kehijauan dengan pepohon hutan segar menutupi bumi sambil menyediakan tempat menginap unggas, flora dan fauna.

Perjalanan pergi balik ke Selama amat seronok, relaks, selesa dan tenang.

Sebelum pilihan raya Mac 08 lalu, malangnya pokok-pokok hutan di sebahagian kawasan disini mula ditebang. Berderetan lori-lori balak menunggu muatan kayu balak tebangan untuk diangkut ke kilang.

Tebang, tebang dan terus tebang.

Hari ini kawasan hutan tersebut dah jadi botak dan gondol. Sedih dan panas melihat keindahan ciptaan tuhan dimusnah tanpa malu dan segan silu.

Tapi, mereka yang dapat lesen gondolkan balak-balak peduli apa dengan kesan pada alam sekitar dan habitat. Dalam benak mereka yang tercongak hanya laba yang berlipat ganda. Barangkali berkira-kira untuk pasang isteri muda atau membeli pengaruh politik untuk tingkat kuasa.

Maka naiklah satu papantanda baru kawasan bakal dijadikan Ladang Kambing Boer untuk pendekkan cerita.

Aii....Berlambak-lambak tanah bekas lombong di Perak takkan lah sekeping pun tak sesuai untuk dijadikan kawasan ladang pelihara kambing Boer.

Wah!kambing jenis apa ini yang sungguh hebat sampaikan hutan simpan pun terpaksa dikorbankan.

Kera , lutong, monyet dan beruk pun terpaksa pindah ditepi jalan mengemis untuk rezeki kerana habitat mereka sudah tida lagi.

Lagi sedih pula nasib orang-orang kampong yang berhampiran. Terpaksa mengharungi banjir ketika hujan lebat dan air dari tasik Bukit Merah yang melimpah.

Barangkali... Itulah nasib kera, lutong, monyet, beruk dan orang kampong yang terpaksa menanggung derita semata-mata untuk kesenangan segelintir manusia rakus yang tamak haloba dan tidak faham tanggungjawab dan peranan sebagai hamba Allah dan pada masa sama adalah khalifah Allah di bumi bertuah ini.

Tapi biasalah...Manusia akan terus cari alasan kerana manusia jenis pelahap, tamak haloba dan tidak bertanggungjawab ini adalah dari spesis yang sememangnya suka terus berhelah...

Monday, March 23, 2009

ISLAM ITU BERSIH

Lebih satu bulan aku menyepi diri. Banyak perkara yang berlaku membuat blog ini sepi tanpa sebarang catatan. Keadaan diri yang tidak berapa sihat terlantar di Hospital Pantai Puteri, Ipoh mendapat rawatan, suasana politik di Perak yang masih teracau dan kemulut ekonomi yang mula mencengkam antara faktor utama, aku memilih menyepi buat seketika.

Namun, satu aktiviti anjuran Kelab Bakti Gunung Keledang pada hari Sabtu lalu seolah-olah meniup semangat untuk aku kembali membuat sedikit coretan baru. Aktiviti 'Gotong -royong Membersih Tanah Perkuburan Gurap, Ipoh' sempena Maulidul Rasul anjuran bersama Majlis Bandaraya Ipoh mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

Penyertaan ramai ahli-ahli keluarga Kelab, pelajar-pelajar Maahad Tahfiz berdekatan, wargakerja MBI dan orang ramai amat menggembirakan pengurusan  tanah perkuburan. Betapa baiknya kalau aktiviti sebegini diteruskan sebagai aktiviti tetap masyarakat meliputi semua tanah perkuburan Islam di setiap pelusuk. 

Sememangnya Islam menganjur umatnya supaya sentiasa mementingkan kebersihan dalam apa jua perkara dan perlakuan dalam kehidupan. Baik perkara pakaian, tempat tinggal, makanan, minuman,peradaban, pergaulan, percakapan, akhlak waima menguruskan tanah perkuburan.

Tanah Perkuburan Islam, Gurap seluas 15 ekar terletak dalam bandaraya Ipoh tetapi kawasannya seringkali diliputi semak samun. Dinyatakan oleh pengurusan tempat tersebut tidak dapat diuruskan dengan rapi dan sempurna kerana kekurangan dana.

Semoga usaha murni NGO Melayu Islam seperti Kelab Bakti Gunung Keledang mengambil inisiatif menganjur gotong-royong membersih tanah perkuburan membangkitkan kesedaran pentingnya tanah perkuburan dikekalkan bersih sebagai satu ciri kebersihan dalam Islam.

Barangkali jika setiap individu Islam termasuk para pemimpin politik Islam meletakkan kebersihan sebagai antara ciri utama perjuangan diri, tentunya dunia Islam lebih aman sempurna, murni dan suci.

 

Friday, February 6, 2009

BN IS THE NEW PERAK STATE GOVERNMENT

His Royal Highness the Sultan of Perak Sultan Azlan Shah has declined to give his consent to dissolve the State Assembly and has ordered Dato' Seri Mohamad Nizar to resign as Menteri Besar paving the way for BN to lead the new government in Perak.

Pangkor State Assemblyman, Dato' Dr Zambry bin Abdul Kadir has received the Royal consent to be the next Menteri Besar of Perak. He is due to be sworn in at 3.30 pm today.

Pakatan Rakyat should respect HRH the Sultan of Perak's decision and bow out gracefully.

To Dato' Seri Mohamad Nizar, you have actually performed reasonably well as a rookie MB in that short space of time. Regroup your team and fight the battle another day.

The political war is just beginning and seems to be long, ugly and fierce.

To Dato' Dr Zambri and his new exco, I wish them 'SELAMAT BERTUGAS'. It is still a long and winding road. Winning the confidence of the Rakyat of Perak is going to be a real challenge.

BN has a lot to prove to the Rakyat. Good Luck.

May the Rakyat come out the winners in this political epic.

Wednesday, February 4, 2009

PRESIDEN BARU KELAB BAKTI GUNUNG KELEDANG SESSI 2009

Alhamdulillah, majlis pengisytiharan Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang sessi 2009 selesai sudah pada 25 Jan lalu.

Sdr Ir Khairul Anwar bin Dato' Masud terpilih sebagai Presiden baru mengambilalih dari Dato' Azumu bin Haji Tak.

Saya rasa amat terharu dengan pelantikan beliau sebagai Presiden kerana saya yang memperkenalkan beliau sebagai ahli KBGK 10 tahun lalu.

Ternyata beliau adalah seorang ahli yang aktif, amat komited dan dedicaited menjalankan aktiviti kebajikan.

Sifat-sifat tersebut telah menarik perhatian semua ahli yang secara sebulat suara memilih beliau untuk jawatan Presiden dalam jangkamasa hanya 10 tahun.

Kepada Sdr Khairul, Selamat Berkhidmat dan Berbakti.

KERAJAAN PERAK BUBAR?

Dapat kabar berita tengahari tadi YAB Menteri Besar Perak akan membuat pengumuman untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak hari ini.

Seorang rakan yang juga seorang peguam menjelaskan kaedah Perlembagaan Negeri Perak yang jelas memberi kuasa mutlak kepada DYMM Sultan Perak mengenai kuasa pembubaran DUN Perak.

Dalam kemulut politik mutakhir di negeri Perak, kita amat yakin kebijaksanaan DYMM Paduka Sultan Perak akan terserlah.

DAULAT TUANKU.

MARI MAIN DAM AJI

Terserempak seorang ADUN BN semasa menziarahi Jenazah seorang bekas wakil rakyat dua hari lalu. Selepas ziarah, apabila ditanya oleh beberapa orang kawan-kawan yang turut berada disitu tentang status beliau, dengan sinis beliau memjawab "Orang nak main dam, kita tengoklah."

“Ada yang dah naik Aji, Dato'?” sampuk seorang kawan.

"Dah kot sebab tu deme makan satu, aji makan tiga sekali, entah-entah lebih” tenang saje jawabnya, penuh tekateki sambil beredar.


Tuesday, February 3, 2009

Sistem Beraja Boleh Runtuh Jika Tidak Ditadbir Dengan Bijak


KUALA KANGSAR, 3 Feb (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Azlan Shah hari ini bertitah bahawa sistem beraja boleh runtuh jika ia tidak diurus tadbir secara bijaksana dan adil.

"Takhta boleh beralih dari istana ke muzium sejarah jika ia tidak diurus tadbir secara bijaksana dan adil. Sejarah menunjukkan bahawa kejatuhan sistem beraja bukanlah kerana sistem itu tidak baik, tetapi kerana berlakunya perilaku salah.

"Persengketaan sesama sendiri dan juga berpunca daripada Raja salah disembah nasihat oleh barisan pembesar dan pegawai istana yang memiliki kepentingan peribadi untuk menghimpun kekayaan atau mendapat pengaruh," titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Mengadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Khas Darjah Kebesaran Jubli Perak di Istana Iskandariah di sini.

Sultan Azlan bertitah di zaman silam, takhta merupakan institusi "satu dalam semua dan semua dalam satu" dan Raja yang memerintah memenuhi peranan penggubal undang-undang dan menggubal undang-undang atas budi bicara baginda, iaitu menyamai peranan sebuah Parlimen.

"Takhta juga memilki kuasa eksekutif dan raja memiliki kuasa pemutus. Kadangkala baginda menwakilkan kuasa tersebut kepada Bendahara, kadangkala baginda sendiri menjalankan tugas pemerintahan, lalu timbul istilah kerajaan berasalkan konsep Raja yang bekerja," titah baginda.

Sultan Perak bertitah takhta juga berperanan sebagai badan pengadilan perkara-perkara untuk mendapat pengadilan di mana ianya dibicarakan di hadapan Raja di dalam istana dengan Raja menjadi hakim dan memberi kata putus.

"Ketiga-tiga tugas yang amat berat itu tidak dapat dilaksanakan secara bijaksana, adil, seimbang dan berkesan jika diletakkan sepenuh tanggungjawab di bahu seorang Raja.

"Lalu berlaku proses evolusi berkerajaan. Di negara ini tercapai formula berkerajaan dan bernegara melalui konsep perkongsian kuasa antara institusi istana dan institusi rakyat melalui Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen," titah baginda.

Sultan Perak bertitah kerajaan pilihan rakyat itu didukung oleh tiga tunggak yang dikenali sebagai badan perundangan, eksekutif dan kehakiman, untuk saling menyemak dan melengkapi demi memastikan tidak berlakunya salah guna kuasa dan demi menjamin kepentingan rakyat sentiasa dilindungi.

"Takhta kekal sebagai simbol perpaduan, sebagai tunggak keadilan, sebagai tempat memohon belas kasihan dan pengampunan," titah baginda dan menambah, Sistem Raja Berperlembagaan adalah satu sistem yang baik bagi menjamin kehormatan rakyat kepada takhta kerajaan.

"Dalam Islam takhta turut diberikan pengiktirafan menyamai seorang Khalifah. Perlembagaan Negara mengiktiraf setiap takhta sebagai Ketua Agama Islam." titah baginda.

Sultan Azlan Shah bertitah berikutan itu pada setiap Jumaat, berjuta jemaah menadah tangan mengaminkan doa ketika khatib membaca khutbah supaya takhta dikurniakan dengan taufik dan hidayah untuk terus kekal memimpin negara, menurut keredaan Ilahi.

"Sayugia Beta mengingatkan bahawa doa ini akan terus dibaca dan terus diaminkan, selagi takhta dipandang mulia, selagi takhta memperlihatkan pemerintahan yang adil lagi saksama.

"Selagi takhta tidak melakukan kezaliman atau penganiayaan kepada rakyat," titah baginda.

-- BERNAMA

EFFECT OF SECOND-HAND SMOKE

Need some motivation to help you quit smoking? How about this: Researchers at the University of Montreal in Quebec report that children regularly exposed to second-hand tobacco smoke may show symptoms of nicotine dependence.

The study, published in this month's Addictive Behaviors journal, found that about 5% of kids studied reported at least one of the following: withdrawal-like symptoms and craving for cigarettes.

Unitl now, these psycho-behavioural symptoms were thought to occur only among smokers, the report says. But the participating children-all between 10 and12 years old- had never smoked themselves. The new evidence points to the addictive nature of second-hand smoke. - LAT-WP

LOMPAT MASUK LOMPAT KELUAR

Pagi-pagi Ahad lalu seorang sahabat menelefon dari Kuala Trengganu bertanya kabar keadaan politik mutakhir di Perak yang katanya macam kalut.

Saya kabokan semua OK di Perak. Cuma ada orang Parit lompat keluar disambut orang Changkat nak lompat masuk tapi orang Behrang kabonya Bebas dulu.

“Biasalah, dalam politik Malaysia yang dinamik” kata saya. “Lagi baik wakil rakyat yang lompat-lompat ,nampak cergas daripada yang tenggelam lepas pilihanraya tapi timbul semula dua tiga minggu sebelum pilihanraya atau yang tidor kenyang macam ular sawa”tambah saya lagi.

“Kita nie letih pun tak habis lagi nak menang di KT, dah menang, orang Perak pulak buat hal”rungut sahabat saya.

“Releks brother. Takde hal punya. Pakatan masih kukuh di Perak” saya cuba memberi ketenangan padanya.

“Oh gitu,”sambut sahabat saya.
Bagi saya mudah, sesiapa saja jadi pemimpin perlu jujur, amanah dan jalankan tanggungjawab ikut hukum Allah Taala. Jika gagal atau khianat tunggulah bala daripada Rabbuljalil.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...