Wednesday, October 28, 2009

HADIAH ISTIMEWA DARIPADA TOK WAN

Sudah 25 tahun dia menyimpan syiling ini. Tak pernah dia sebut dan tak pernah dia beritahu kisah syiling ni. Tak pernah pulak dia cerita tentang syiling-syiling lama dan khazanah lama yang dia simpan.

Tahun ni Tok Wan tak berapa sihat. Penyakit kencing manis yang di hidapinya kadang-kadang menyerang tak kira waktu. Apatah lagi Wan memang kuat pantang. Dek terlalu pantang terkadang kadar gulanya menurun hingga ke paras 2.5 sahaja. Ini yang menjadi masaalah. Bila kadar gula terlalu rendah Wan boleh tetiba rebah seperti yang terjadi beberapa kali sudah.

Tetapi Wan tetap Wan. Walau pun sudah menjangkau 80 tahun dia tetap berselera nak terus ke bendang setiap hari. Rutinnya yang sudah bertapak sejak zaman kanak-kanak 70 tahun lalu.

Tahun ni sudah beberap kali Wan ditimpa musibah. Ayah selalu nasihatkan Wan. Kata ayah kepada Wan “ Duduk saja dirumah, tak payah ke bendang lagi. Banyak benda boleh buat lagi. Nak tanam pokok, keliling rumah pun banyak boleh tanam” Tapi Wan tetap Wan. Senyum sengeh Wan dengar leteran ayah.

Bulan Jun lalu Wan mengalami accident semasa menonggang motosikal nak ke bendang. Berlanggar dengan motosikal Pak Bakar, rakannya, di selekoh batas ban bendang. Dua-dua cedera ringan dan Wan dimasukkan ke Hospital Alor Setar untuk pemerhatian kerana Wan hilang ingatan sementara, mungkin kerana gegaran di kepala. Motosikal Wan lingkup.

Saya dan ayah bergegas pulang, cemas bila dapat berita.

Alhamdulillah, Wan cepat pulih dan dibawa ke Kulim dan Ipoh untuk berehat panjang. Tapi Wan tetap Wan. Tak tahan lama duduk diam di Kulim mau pun di Ipoh. 

Pulang ke Alor Setar, Wan cepat-cepat ambil tindakan baiki motosikal dan mula bergerak intai-intai kisah bendang.

Tapi peliknya, Wan juga mula bertindak uruskan banyak perkara dan cerita lain. 

Semasa pulang menziarahi Wan lewat Julai, Wan beritahu ayah dan saya, Wan nak uruskan beberapa harta sementara ingatan masih ada.

Katanya, simpanan ASB sudah ditukar nama, akaun bank dimudah cara. Cuma yang tinggal beberapa pusaka lama untuk anak dan cucu.

Saya sebagai cucu sulung dengar saja Wan sambung cerita. Tok yang kebetulan berada sama, mula pasang telinga.

Kata Wan, dulu semasa berkunjung ke Kuantan pada lewat 1984 melawat ibu yang baru melahirkan Angah, Wan ada bertukar mahar untuk mendapatkan sekeping syiling dengan seseorang. Lantas dia keluarkan sekeping syiling tembaga dan menyerahkan kepada saya.


Tertera kalimat Yassin dan Zulfakar disebelah muka dengan gambar satu lembaga seksi macam Tarzan botak memegang tombak di muka yang lain. Kata Wan, itu syiling Yassin dan minta saya simpan dengan baik sebagai hadiah darinya.


Tak pulak dia beritau untuk apa dan saya pun lupa tanya signifikan syiling yang kali pertama saya lihat. Cuma pesannya tak boleh dijual atau diurusniaga. Ayah juga turut tercengang.

Kini syiling misteri milik saya. Akan saya simpan sebagai amanah dan hadiah istimewa dari Wan yang amat saya sayangi.

Doa saya agar Wan dan Tok sentiasa sihat sejahtera.

Catatan: Muzill.mansor

4 comments:

Panglipulara® said...

salam...tentang syiling yasin ini agak menarik pada saya...ingin dinyatakan pada lu supaya simpan baik2 syiling ini...kerana ramai yg mauh barang ini, untuk perbuatan syirik, dipercayai syiling ini juga adalah syiling alam bunian,saya ada menyimpan syiling yg sama tinggalan orang tua, kalau ada rezeki tuan boleh cari kawannya, iaitu syiling 5 yasin atau syiling 7 yasin...pesan saya supaya jangan benarkan syiling ini dapat kepada orang yg tidak betul...wasalam

Muzill said...

Sdr Panglipulara,

Assalammulaikum,

Teghime kaseh le keghane mike sudi peghingat.

Teman pun ghiso juge tapi dah mule gheti sikit amanat beghat dari Wan nie.

Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian said...

Assalamualaikum Muzill...

Ingat itu amanah daripada Wan. Jaga duit syiling tu baik-baik sebagaimana Muzill menjaga diri Muzill. Syiling tu dah dikira barang pusaka daripada Wan. Jangan sesekali syiling tu jatuh ke tangan orang lain kerana berbagai-bagai kemungkinan boleh berlaku sama ada yang baik atau sebaliknya.

Anonymous said...

salam..saya setuju dengan penglipulara..duit yg tuan ada tu ada tujuan nya dan hanya orang yg pandai je dpat menggunakan dgn izin tuan duit itu..duit itu amanah kepada tuan dan tuan kene turunkan kepada generasi akan datang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...