Saturday, October 31, 2009

AKTIVITI-AKTIVITI KELAB KELEDANG BAGI NOVEMBER/ DISEMBER 2009

'Lunch Meeting' Kelab Bakti Gunung Keledang hari Rabu lalu (28/10/09) yang di pengerusikan oleh Presiden Kelab, Sdr Ir Khairul Anwar, amat bermakna. Walau pun terpaksa pindah lokasi daripada Ipoh Club, venue tetap mesyuarat mingguan, ke Restoran Pakeeza, tapi semangat pertanggungjawaban sosial tetap tinggi dan utuh.

Pada meeting kali ini, kutipan derma kilat untuk masyarakat Islam Rohinya berjaya dibuat dan disampaikan kepada wakil masyarakat tersebut, Ustaz Salim yang hadir sebagai tetamu Sdr Haji Hamzah.

Pada mesyuarat kali ini juga , nampaknya ahli-ahli kelab dan para tetamu daripada Hospital Pantai Puteri khususnya CEOnya, Dr Dilshaad, tetap berkobar-kobar untuk 'fine-tuning' aktiviti –aktiviti bersama untuk tahun 2009 yang berbaki dua bulan.

Kata sepakat dicapai untuk melaksanakan beberapa lagi aktiviti gandingan mantap kelab dan hospital bagi baki tahun 2009. Dua bulan, masa yang dihitung cukup untuk laksana aktiviti-aktiviti baru.

Tumpuan aktiviti-aktiviti bulan November 2009 adalah:

  1. Acara Kem Ekonomi untuk 40 orang pelajar-pelajar tingkatan empat lapan buah sekolah menengah di Daerah Kinta. Program bertujuan membimbing pelajar-pelajar dalam ilmu keusahawanan dan pendedahan dalam dunia korporat. Aktiviti akan dijalankan oleh Kelab Bakti Gunung Keledang bersama K-Perak dengan biaya penuh oleh Kelab.                              
  2. Pemeriksaan dan rawatan kesihatan oleh Hospital Pantai Puteri di perkampungan Orang Asli Daerah Hulu Perak selepas program sama, selesai dilaksanakan di perkampungan Orang asli Daerah Sungai Siput.                                                                                                            
  3. Acara korban sempena Aidil Adha dan agihan daging korban kepada penduduk Islam di perkampungan Orang asli Suak Padi, Gedung Batu, Pelantuk dan Kampung Makmur. Aktiviti akan dijalankan oleh Kelab Bakti Keledang bersama wakil-wakil dari kampung-kampung Orang Asli.                                                                                                                             
  4. Agihan pakaian terpakai yang telah dikumpulkan daripada ahli-ahli kelab untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa, penduduk perkampungan Orang Asli Sungai Beduk.                                  
  5. Menguruskan perlantikan seorang ustaz daripada kalangan masyarakat Orang Asli untuk membimbing masyarakat Islam di gugusan perkampungan Kampong Makmur, Kampung Tonggang, Sungai Choh, Kampung Batu dan Kampong Dolah.

Sementara untuk bulan Disember 09 ialah:

  1. Acara berkhatan lelaki-lelaki Islam secara beramai-ramai di perkampongan Orang Asli Kampung Makmur dan Kampung Sungai Choh dijadualkan pada 12 Disember 2009. Maklumat daripada Ustaz Muid, hanya 3 orang dewasa Islam dari Kampung Makmur baru berkhatan. Status di Sungai Choh pun tak jauh beza. Aktiviti akan dijalankan oleh para doktor Hospital Pantai Puteri , Ipoh dan para doktor dari kalangan ahli dan keluarga Kelab Keledang.                                                                                                                                                 
  2. Perbincangan dengan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kampung Suak Padi untuk cadangan menjadikan sekolah berkenaan sebagai sekolah angkat Kelab Keledang bagi tahun 2010 dan seterusnya dibawah program 'Prestasi Cemerlang Akademik dan Sukan'. Pertama kali sekolah Orang Asli tercalun.                                                                                      
  3. Menyusun program 'Malam Pemasyhuran Presiden 2010 pada 28 Disember 2009 di Hotel Impiana Casuarina, Ipoh. 

Nampaknya ahli –ahli kena bersinting lengan lagi kalau nak selesaikan semua aktiviti-aktiviti yang disusun bagi baki tahun ni. Pulun weh pulun...

Tahniah kepada Ir Khairul, Presiden Kelab tahun 2009 dan Dr Sharina, isteri beliau, yang kuat kerja. Saya kagum dengan komitmen anda berdua dan keluarga kepada kelab. Tak renti-renti susun, laksana dan lunaskan aktiviti dengan sempurna...

To Dr Zakaria, our incoming club president 2010, good luck to you, Sir.

Tough act to follow Doc! But you can always count on us...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...