Thursday, October 1, 2009

LUBUK JAM

Selepas mesyuarat syarikat di Butterworth dan urusan-urusan lain di Penang tengahari tadi, sempat singgah di rumah seorang sahabat blogger jam. Memang terpegun melihat koleksinya yang begitu banyak , hebat dan menarik.

Patutlah ramai para sahabat bloggers jam yang selalu berkunjung ke rumahnya. Bukan setakat jamu mata tapi boleh beli mana yang berkenan di hati. Harga yang ditawarkan memang cukup-cukup reasonable. Ada kawan-kawan bloggers yang datang sini cari stock jam untuk niaga semula...dan ada yang untung sangat besarrrrr.

Boleh juling bijik mata nak buat pilihan. Jenama baik, condition pun cantik. Banyak betul Omega yang berkenan. Ada juga Girard Perregaux, Smiths, Seiko, Titoni, pre-owned Rado (macam baru) siap dengan kotak & certificate sekali, banyak lagi lah. Tapi budget untuk satu sahaja. Jadi ambiklah dulu sebijik Omega Constellation Hammer. Memang puas hati.



Beli jam tak boleh tamak, kena jugak bagi peluang pada kawan-kawan lain merasa.

Dapat sebijik pun rasa dah berbaloi melencung hari ni untuk kunjungan pertama.

Thanks Bro...


Catatan & Jam: Muzill

4 comments:

havana said...

salam Tuan,
dah meleleh air liur dgr cerita Tuan ttg jam yg banyak tuu.. harap2 lain kali kalau ada kesempatan, ambek laa gmbr jam2 tu.. x leh beli, dpt tgk pun kira ok dah.. kesian kita org yg dok jauh ni...

t/kasih

havana said...

salam Tuan..

kalau tuan leh bg kredit skit dkt tuan rumah dgn siarkan blog add tuan rumah tu.. leh kitaorg kunjung gak.. blog tu..

t/kasih Tuan.

Jay muzill said...

Sorry lambat sikit jawab. Nak kena mintak izin pemilik blog. Dah dapat baru boleh kasi tau.

Sila rujuk http://haizul-antique.blogspot.com/

havana said...

terima kasih Tuan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...