Tuesday, September 29, 2009

REZEKI BULAN SYAWAL

Pertama kali melihat jam meja ini adalah di sebuah kedai jam di Ipoh beberapa bulan lalu.

Nampak antik tapi menarik, memukau dan memikat.

Bertanya kepada tuan kedai mengenai pemilik jam tersebut. Kata tuan kedai, jam meja berjenama EMES buatan Jerman tu adalah milik kawannya, seorang collector. Tak mungkin dia mahu jual kerana dia memang suka mengumpul jam-jam lama terutama mantlepiece vintage.

Sesekali si collector itu akan hantar jam-jamnya ke kedai untuk servis.

Tinggalkan pesan kepada tuan kedai, jika yang empunya nak menjual, saya sungguh-sungguh berhajat nak membeli. Bukan banyak cuma yang satu tu saja.

Kecek-keceklah dia, kata saya. Mana tau kalau hatinya terbuka untuk menjual supaya orang lain pulak merasa nikmat mata.

Sejak daripada tarikh tersebut, selalu juga bertandang ke kedai bertanya kabar tuan kedai kalau-kalau kawannya sudi menjual jam meja jenama EMES.

Barangkali kerana selalu sangat bertanya, mungkin kesian atau mungkin menyampah, dua tiga hari sebelum raya ketika bertandang ke kedai jam, tuan kedai memaklumkan kawannya sanggup menjual jam meja yang saya idamkan kepada saya sahaja. Jam pun dah ada kat kedai.

Tapi katanya kena cepat, takut hamba Allah tu berubah fikiran dan ambik balik jam. Kalau setuju katanya seminggu lepas raya datang ke kedai bawa duit sekali untuk lunaskan bayaran.

It’s a done deal, kata saya, kepada tuan kedai. Simpan baik-baik jam kerana lepas raya saya datang lunaskan bayaran.

Tengahari tadi lepas lunch, singgah di kedai untuk tunai janji dan lunas hutang. Lepas tandatangan sijil pembelian, jam pun bertukar tangan.

Jam meja berjenama EMES berlubang tiga di muka hadapan dan berpendulum satu di belakang kini sah milik kami.

Barangkali ini yang dikatakan rezeki awal bulan Syawal.

2 comments:

JACK' TREASURE CHEST said...

SALAM DATO'

CANTIK JAM MANTLE 3 LUBANG, MESTI TAK TIDOR DENGAN BUNYINYE SETIAP 15 MINIT. SAYA DAH TAK KUNCI JAM MANTLE SBB ANAK-ANAK TAKUT BILA DIA BUNYI TENGAH MALAM.

SALAM DARI BRUSSEL

Limau tambun said...

Salam Tuan Syed,

Harap-harap semua ahli keluarga sihat dan bergembira di Brussel.

Saya pun jarang-jarang kunci jam-jam tiga lubang ni. Yang ada di rumah tidor -tidor belaka.

Saja beli sebab suka tengok tapi tentang bunyi,bila nak dengor baru kunci.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...