Tuesday, October 20, 2009

SEKALUNG TAHNIAH KEPADA LAT, Ikon 1Malaysia Perak

Sdr LAT atau Mohd Nor Khalid, sahabat saya dan ahli Kelab Bakti Gunung Keledang, diangkat sebagai salah seorang daripada enam orang ikon 1Malaysia dari Perak.

Memang wajar dan sesuai sangat jika dilihat daripada kerja-kerja beliau yang melampaui batas-batas kaum, agama, bahasa dan bangsa. Hasil kerja beliau yang amat bermutu tinggi pun telah dialih bahasakan ke dalam pelbagai bahasa termasuk Inggeris, Jepun, Perancis, German, Belanda dan yang terakhir dalam bahasa Thai.


Watak ikon ini penting supaya masyarakat terutama anak-anak cepat memahami sesuatu konsep.

Bagi saya, hebatnya konsep 1Malaysia ni barangkali sebagai peringatan terutama kepada politikus picisan yang masih mendendang lagu-lagu racist, rabun kadangkala buta dengan keperluan hidup bersepaduan antara berbilang kaum, agama dan bahasa di kalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Kita, masyarakat jam dan duit lama memang tidak ada masalah sejak dulu, kini dan selamanya. Interaksi, networking dan urusniaga berjalan se antario Malaysia di kalangan pelbagai kaum dalam masyarakat. Begitu juga majoriti rakyat Malaysia yang cintakan perpaduan.

Namun amat berbangga dengan hasil kerja Sdr LAT konsisten bertemakan kesepaduan ummah kerukunan hidup rakyat Malaysia.

Semoga Allah mengurniakan saudara dan keluarga, kesejahteraan dan kesihatan yang baik.

P/s

Cuma teringatkan hasrat dan cadangan Sdr LAT untuk membina 'Kampung LAT' sebuah theme park ala Disney Land, di kampung asalnya, Kota Baru, Gopeng. Cadangan projek yang disuarakan sejak zaman Tajol Rosli menjadi Menteri Besar sehinggalah sekarang masih tersadai dalam kertas perancangan dalam jabatan Kerajaan Negeri Perak.

Saya sendiri pernah suarakan semula cadangan projek Kampung LAT, secara peribadi semasa DS Ir Nizar menjadi Menteri Besar Perak.

Alangkah bijaknya jika DS Dr Zambry, selaku MB sekarang lebih peka dan dapat menggerakkan segera dengan terancang projek sehebat 'Kampung LAT' ala Disneyland yang mampu menjadi projek fokal pelancongan Perak.

Kesian Perak kalau lambat, tentu pasti negeri lain rembat...udah mula berbau pun.


Salam

dma 



2 comments:

JACK' TREASURE CHEST said...

Salam YBhg Dato', Dato' LAT sememangnye layak dan wajar menjadi Ikon 1Malaysia. Buku-buku kartun, kalendar menjadi teman saya semasa kanak-kanak sehingga dewasa ini. Syabah dan tahniah diucapkan kepada Ahli Kelab Klendang.

Saya sangat bersetuju dgn kenyataan Dato' bahawa kita pengumpul jam vintage ni memang tidak pernah racist, sentiasa berinteraksi antara kaum semasa bertanyakan pendapat, bertukar fikiran atau berjual beli. Itulah dunia kita pengemar-pengemar jam vintage.

Limau tambun said...

Tuan Syed,

Glad to hear you still enjoy Lat's work as much as most of us, peace loving-Malaysians.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...