Wednesday, July 15, 2009

SATU ANUGERAH ...

Malam tadi bertempat di Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh berlangsunglah majlis Tilawah AlQuran peringkat kebangsaan.

Perak terpilih menjadi tuan rumah bagi majlis tilawah kali ke 52 ini bertemakan 'Wahdah Pemangkin Khaira Ummah'.

Acara yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyuddin Yassin berjalan lancar, ringkas dan padat disaksikan ramai pengunjung jauh dan dekat.

Hadir sebagai memenuhi jemputan daripada Kerajaan Negeri.

Tersentuh hati dengan kehebatan bacaan dari tiga pembaca jemputan, Sdr Zakaria, Sdr Othman Alhafiz dan Sdr Mohd Lee Abdullah  daripada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia(PERTIS). Mungkin mereka cacat penglihatan tapi hati mereka dikurniakan Allah Ta’ala, jelas dan terang hingga mampu menghafal AlQuran.

Syahdu dan hebat sekali bacaan bertarannum Sdr Mohamad bin Ahmad Zaid, 14 tahun, johan Hafazan AlQuran Peringkat Kebangsaan (juzuk 1 hingga 30). Bacaannya dari ayat 103 Surat Al-Imran yang menyeru kepada perpaduan ummah menghiris kalbu. Hiba dan sayu dengan percakaran dan perpecahan ummah Islam kini yang macam tiada titik penyelesaian.  

Kita yang celek penglihatan dan berumur di ambang senja bukan saja tidak mampu menghafal walau satu juzuk pun tapi lagi sedih, buta memahami ajaran Al-Quran termasuk tentang perpaduan sesama insan.

 Majlis tamat jam 11.15 malam dengan seribu kenangan dan persoalan di benak kepala. Apakah aku antara insan yang juga terlalu alpa dengan anugerah Yang Maha Kuasa?

Tuesday, July 14, 2009

CERITA TENTANG SATU PENGAJARAN DI RIMBA

Cerita tentang belajar, sebenarnya sampai mati pun tak habis belajar. Bersusun ijazah pun belum tentu kita reti semua perkara. Kadang-kadang ilmu diperolehi di tempat dan daripada saluran yang tak sangka. Walau pun tak pernah pegi universiti tapi Pak Usu, Tok Batin orang Asli, banyak mengajar saya dan rakan-rakan tentang kehidupan.

Teringat satu peristiwa lalu semasa berkumpulan trekking hutan dari Keramat Pulai, Perak ke Blue Valley, Cameron Higlands, Pahang. Kami berenam, Anwar, Hj Nopiah, Syed, Abu dan aku, kesemuanya pegawai agensi kerajaan negeri bertekad meredah hutan untuk mengenal pasti satu kawasan tanah yang baru diluluskan kerajaan negeri kepada syarikat yang di kepalai Anwar.

Bila idea masuk hutan di utarakan Anwar, kami tiada halangan walau pun tiada pengalaman dan latihan. Abu, pegawai projek satu agensi kerajaan, yang ada pengalaman trekking di hutan diminta membuat persediaan. Hun Lim, seorang pemaju dari KL, juga ikut serta bila dapat kabar berita, entah dari siapa.

Rombongan kami memang bersemangat pagi itu untuk berjalan kaki meredah hutan menyusur denai dan menyisir sungai. Ditemani seorang anak muda Orang Asli dengan ketuanya Pak Usu, kami memulakan perjalanan dengan pakaian lengkap berparang,canteen dan haversack tiap seorang. Seronok, riang, gembira, riuh hilai ketawa tidak sabar untuk mula bergerak.

“Jauh ke Pak Usu?”Tanya Anwar, “Dekat saja. Jalan-jalan, sembang-sembang, makan makan sampailah tu” jawab Pak Usu tersenyum sambil menghembuskan asap rokok daun berkepul-kepul. Senyum yang amat bermakna.

“Agak-agak berapa hari boleh sampai ke Cameron?” sampuk Hj Nopiah.

“Dua hari dah boleh sampai” jawab Pak Usu mudah.

Kami memang sudah bersedia. Maklum sajalah ini pengalaman baru bagi kami semua kecuali Abu.

Tampak gagah dengan haversack digalas dan parang terpasang di pinggang, rombongan mula berangkat dipandu oleh Pak Usu.

Setengah jam berjalan, kaki mula berat nak diangkat. Masing-masing cari kayu buat tongkat.

“Jauh lagi ke Pak Usu. Boleh berenti berehat sekejap?”Tanya Syed.

”Sekejap lagi boleh berenti. Ni baru saja berjalan.” jawab Pak Usu ringkas.

“Ok, kita sambung jalan” kata Abu. Rombongan terus berjalan dan mula mendaki bukit. Badan mula rasa letih, perut rasa perit. kaki mula keras bagai nak cramp. Bukan senang nak berjalan dengan bebanan di belakang dan di pinggang.

Terfikir juga di benak, relaks-relaks di rumah, apa hal cari susah nak ikut dia orang ni masuk hutan.

Sepuluh minit berjalan, Pak Usu dan anak muda Asli sudah jauh ke depan manakala kami dah  tercorot  tercungap ke belakang.Haversack dah terlondeh, parang dan canteen dah terlucut. Masing-masing dah bernyawa ikut mulut. Tapi Abu tetap steady.

Mula terasa lekeh betul lah diri ini. 

“Pak Usu, kita stop dulu. budak-budak ni dak pancit” laung Abu. Tanpa banyak cakap Pak Usu menghenti perjalanan dan terus datang kepada Abu.

Melihat keadaan rombongan yang hampir lembik, Abu berunding dengan Pak Usu. Kata sepakat dicapai. Pak Usu akan pulang ke kampung dan membawa empat anak muda Asli sebagai porters untuk angkut barang dan jaga keselamatan. Semua ahli rombongan akan berjalan tanpa memikul apa-apa barang. Jalan ikut rentak santai. Masa tu, upah RM15 satu hari bagi  seorang porter terlalu murah kerana duit bukan lagi ukuran bila badan dah penat semacam.

Rasa sekejap sangat, lima anak muda Asli sudah berada di depan mata. Sama ada dia orang ni memang pantas berlari atau memang mereka dah menduga takkan jauh mana rombongan ni bergerak, tak kisahlah. 

Selesai mengagihkan barang-barang ,rombongan bergerak semula dan mula mendaki bukit.

Bila badan dah ringan mulalah mulut meracau dan mata melilau.Tambah pulak udara segar nan nyaman, terasa amat bersih dan aman.

Nampak pepohon balak yang menghijau di hutan, teringin pulak nak tahu spesis kayu yang ada di depan mata.

“Pak Usu, pokok apa tu?” Tanya ku pada Pak Usu. “Meranti” jawab Pak Usu ringkas.

“Yang tu?” Tanya ku sambil menunjukkan pada satu pohon sebelah kanan. “Oh, itu Merbau” jawab lagi Pak Usu. “Yang sana tu?” Tanya Hun Lim

“Oh, itu, Beringin” jawab Pak Usu.

Kami berjalan lagi. Memang cantik pemandangan dalam hutan dengan alunan suara burung berkicauan. Tapi hairan, tak seekor haiwan pun kelihatan. Jangankan beruang, kera lotong pun tak nampak bayang. Segan pulak nak tanya pak Usu kenapa tiada haiwan.

“Pak Usu, pokok di kiri sana tu, apa nama?” Tanya ku lagi.

“Pokok kayu la!” selamba jawab Pak Usu sinis tanpa memandang pada arah yang ditunjuk.

“Cetek betul ilmu di dada, sampaikan pokok pun kami tak kenal. Alih-alih ada hati nak mintak tanah di hutan.”bisik hatiku.

Kita terus mendaki. Letih sungguh, bila nak sampai ni, bisik lagi hati ku.

“Hai, lama lagi ke nak daki ni, Pak Usu?” Tanya Syed. “Eh, baru melereng, belum mendaki lagi, encik” sempoi jawab Pak Usu. Sekali lagi jawapan Pak Usu meletak kami terasa amat kerdil.

Tiba di satu kawasan lapang agak di puncak, jauh kelihatan sebelah kiri sayup nampak berbalam macam penempatan. Melihat kami macam minat nak tahu, Pak Usu cakap, itu kawasan Tanjung Rambutan.

“Jauh ke nak ke Tanjung Rambutan?” Tanya Hj Nopiah kepada Pak Usu. “Oh, Jauh tentulah jauh. Kan nampak jauh pun dari sini” jawab Pak Usu.

“Pak Usu pernah ke pegi Tanjung Rambutan?” Tanya Syed.

“Banyak kali dah, encik” balas Pak Usu.

“Kuat Pak Usu berjalan sampai ke Tanjung Rambutan” kata Anwar.

“Saya naik 'bash' ” selamba jawap Pak Usu.

Tersengeh kami dengan jawapan Pak Usu.

Betul jugak takkan nak jalan kaki bila dah ada kenderaan awam.

Itulah kita kadang-kadang terikat dengan stereo-type mentality. Mentang-mentang Pak Usu selalu berjalan dalam hutan, takkan nak ke bandar pun nak expect dia jalan kaki. Tahu lah dia naik 'bash'...

 

 

 

Monday, July 13, 2009

HOBI ATAU OBSESI...

Hari minggu banyak masa melihat-lihat dan menghargai koleksi. 

Alhamdulillah, pemburuan wang lama, nota dan syiling agak berhasil minggu lalu. Lantas, rekod perlu dikemaskini lagi untuk mengenal pasti syiling era mana yang perlu diberi perhatian.

Objektif adalah untuk mengumpul syiling lama sepanjang 100 tahun lalu dari tahun 1909 sehingga 2009. Kalu boleh semua syiling yang pernah dikeluarkan sepanjang seabad lalu di kutip satu demi satu.

Sememangnya bukan satu sasaran dan cabaran yang mudah dicapai memandangkan jika terdapat pun dalam pasaran, tentu pemiliknya mahukan harga mahal untuk  syiling berkondisi baik.

Tapi elok jugak di letak sasaran yang tinggi sikit kalau tak dapat capai semua, dapat sebahagian besar pun tetap kita bersyukur. Tempoh masa mencapai sasaran ialah BEBAS. Senang begitu, tidak ada sebarang tekanan pada diri sendiri.

Hobi kumpul wang lama adalah hobi jangka panjang. Harus digerakkan secara santai agar tahap keseronokan terus terjamin mengikut kemampuan masa dan dana.

Setakat ini, syiling yang terawal dalam koleksi adalah syiling satu ringgit Straits Settlement tahun 1907 zaman King George V. Itulah sebabnya bila dapat tempoh hari, teruja sangat.

Sejak dari tarikh penemuan tersebut, sekeping lagi wang syiling satu ringgit Straits Settlement tahun 1904 berjaya dimiliki.

Ingatkan cukuplah had diletakkan pada tahun 1909, tapi itulah kekadang keinginan tidak dapat dibendung apabila terdapat peluang memiliki syiling-syiling lama yang masih cantik dan menarik. 

Tiga keping syiling ½ sen tahun 1872,1873 dan 1889 era Queen Victoria yang  diperolehi mengubah lagi sasaran koleksi.

Kadang-kadang terfikir jugak apakah hobi kini sudah jadi obsesi...

Saturday, July 11, 2009

Oops... WE DID IT AGAIN!

It was too tempting to miss. The opportunity to do another makeover came with the arrival of a Bentima from Sarawak.  Thanks  Ijan.

Everything about the watch was fantastic except for the wear and tear on the body.

So, we decided why not give it a new clothing in the form of gold plating.

We dropped by at our reliable ‘dukun jam’ shop and hand over the watch with specific instruction for a makeover. He was delighted, as usual, at the chance.

A week passed by and yesterday we collected the result.

For the good or the bad, here it is for all to see...

After

Before (Photos displayed as suggested by Sdr Ijan)

Feel free to contact us, if anyone cares to experiment.

-Article and photos by Muzill

Friday, July 10, 2009

BARANGAN LAMA...KHAZANAH NEGARA 2

Ramai rakan-rakan yang minta saya sertakan gambar-gambar  dalam artikel baru lalu atas tajuk yang sama. Memang memang  bersetuju . Takde gambo, artikel tu tawo macam masakan takde garam.

Lantas pagi ini saya sekali lagi mengunjungi kedai antik tersebut. Senyum Encik Govin, melerek sampai ke telinga. Senyum rezeki  lah tu.

Encik Govin, pemilik kedai, memang orang lama dalam bisnes barang antik. Dia memang suka orang selalu datang. Datang hari-hari pun tak jadi hal, tengok-tengok dulu ,tak beli pun takpe, katanya. Adat orang berniaga memang pandai public relations.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Bangsar dan Petaling Jaya, jika anda berkunjung ke Amcorp Mall pada hari Ahad, Encik Govin memang berniaga di sana pada hari-hari tersebut . Beliau juga mengadakan pameran bulanan di  Dewan Sri Indah Heritage Hotel, Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad minggu pertama setiap bulan.

Jika anda berminat untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.govinstamp.com.

Kalau cerita pasal setem dan First Day Covers Malaysia, Brunei dan Singapura, stok yang ada di tangannya lengkap mengikut tahun dari awal tujuh puluhan hingga sekarang mengalahkan Biro Filateli, di Pejabat Pos Besar, Ipoh.

Nak lebih senang, sediakan shopping list dan serah dulu padanya untuk dicari dalam inventori. Bila dia dah lengkap, pegilah ke kedai untuk runding harga dan lunaskan. Koleksi lengkap tak payah jalan penat-penat.

Kalau minat kumpul radio atau typewriter lama, banyak pilihan yang cantik-cantik ada.

Peminat Elvis Presley tentu puas hati kerana banyak foto masih terjual. Nak beli gramophone lama pun ada lagi sebuah menanti sesiapa yang berhajat nak beli.

Mengenai proof coins, I think you will be spoilt for choice.

Kata Encik Govin, ramai peminat dan pengumpul barangan antik yang berkunjung ke kedainya duduk berejam-jam membelek barangan-barangan yang ada sebelum membuat pilihan. Dia pun tak kisah, maklumlah kalau jadi beli, dia untung besar.

Memang banyak barangan dalam kedai sampai bersepah-sepah atas lantai.

Rasanya kalau sungguh nak berbeli, tak cukup duit satu guni.

Kepada peminat dan pengumpul-pengumpul, jemputlah datang. Tengok-tengok dulu, mana tahu kut ada yang berkenan di hati tapi buatlah pilihan yang bijak jangan terlajak...

 

Thursday, July 9, 2009

BOB T.C. CHEW, ORANG LAMA BERNIAGA WANG LAMA

Orangnya hampir mencecah usia 70 tahun tapi masih gagah dan gigih meneruskan minat. Hobi mengumpulkan wang lama yang kini menjadi teras perniagaan yang dijalankan di tingkat 7, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Bob Chew memang mempunyai banyak stok wang lama, wang  baru, commemorative coins dan educational coins untuk jualan. Wang kertas, syiling lama Malaysia, Singapura, Brunei, Australia dan banyak lagi negara. Tapi saya lebih berminat wang Malaysia.

Muzill yang mencadangkan saya ke situ kebetulan kami di KL hari ini. Mungkin ada wang kertas lama yang boleh dibeli. Sememangnya kami masih mencari wang kertas 25 sen zaman King George VI untuk melengkap koleksi.

Muzill pernah berkunjung ke kedai Bob sedikit masa lalu untuk melihat koleksi Bob dimana Bob mencadangkan supaya jadi ahli Malaysia Numismatic Society.

Saya memang berminat untuk jadi ahli persatuan tersebut untuk melayakkan saya membuat bida jika ada lelongan anjuran Persatuan seperti pada 5 Julai 09 lalu di Museum Negara.

Kami bernasib baik. Bob memang menyimpan sekeping nota wang lama 25 sen King George VI. Tapi sayang, kondisi nota yang berbintik hitam kurang memuaskan dan harga pulak terlalu tinggi. Nampaknya kena tunggu lagi lah...

Apa pun kami tidaklah hampa kerana ada juga syiling zaman King George V, George VI dan Queen Elizabeth II berkondisi cantik dapat dibeli dengan harga baik.

Sebagai tanda kenangan pertemuan, sebuah buku rujukan ‘ Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei –Coin & Paper Money’ oleh Steven Tan bertukar tangan.

Yang paling saya tertarik ialah komitmen Bob. Seusia matang mencecah hampir tujuh dekad, dia masih meneruskan hobi merangkum niaga dan minat.

MAY YOUR BUSINESS PROSPER, BOB.

Tuesday, July 7, 2009

BARANGAN LAMA...KHAZANAH NEGARA 1

Hari ini bertemu seorang kawan yang berniaga barangan antik di sebuah kedai di Ipoh. Banyak sekali koleksi beliau. Barangan tembaga, setem, sampul hari pertama, radio lama, mesin jahit, lampu gasoline, jam dinding lama, barangan tembikar, barangan perak, senjata lama, syiling lama, nota wang kertas lama dan pelbagai barangan dalam bermacam rupa, bentuk dan warna.

Katanya perniagaan barangan lama atau barangan antik amat lumayan kerana permintaan daripada luar negara amat tinggi dan harga tak pernah turun, malah makin meningkat. Sepanjang sembang-sembang, phone pejabat sentiasa berbunyi, enquiries datang bertalu-talu. 

Ramai pelanggan yang membeli darinya menganggap membeli dan menyimpan barang lama atau antik adalah pelaburan sihat, selamat dan untung besar. Katanya, antara pelanggan adalah orang-orang muda luar dan dalam negara yang membeli barang lama sebagai pelaburan.

Pilihan yang dianggapnya bijak memandangkan simpanan tetap dan pasaran saham tidak lagi memberi jaminan pulangan menarik. Apabila tiba masa yang sesuai, mereka akan menjual semula barangan lama atau antik pada harga yang berlipat ganda di pasaran antarabangsa.

 Dua tiga jam berbincang dengannya tak terasa pun. Banyak benda yang dia cerita. Maklumlah dia dah terlibat dalam perniagaan ini hampir 40 tahun. Katanya, barang lama adalah khazanah negara dan sejarah bangsa yang perlu difahami masyarakat semua. 

Janganlah hendaknya semua barangan lama terlepas ke luar negara, barulah kita ternganga...

Monday, July 6, 2009

28-27-2

Misi memburu jam-jam lama hampir-hampir mencapai sasaran. 

Kata Muzill, jam-jam vintage yang telah dibeli hampir benar mencapai unjuran dalam jangka waktu yang disasarkan sehingga Ogos 09. Saya biarkan dia menentukan apa yang perlu dibeli kerana dia yang menyimpan rekod dan rajin membelek blog. Dia juga yang mencipta formula di atas sebagai sasaran. Pertengahan bulan Ogos 09 baru katanya boleh bagi tahu maksud sepenuh. Kenapa dipilih 28, apa signifikannya 27 dan kenapa dirangkaikan dengan dengan 2, perinciannya hanya dia tahu.

Pemburuan kami merentasi ruang masa, tempat digital dan fizikal. Alhamdulillah,bertemu ramai rakan-rakan di alam siber dan alam nyata yang punya minat sama, berkongsi ilmu dan pendapat. Dari Ipoh menjelajah hingga ke Sarawak, Negri Sembilan, Kuala Lumpur, transit di Bidor, terlangsung di Manjung, singgah di Parit Buntar, lajak ke Alor Setar, jam-jam lama dipilih mengikut keadaan tawaran dan kesempatan.

Banyak juga jenama Swiss yang terkumpul tapi terselit dua tiga buatan Jepun. Ada yang dapat di beli dengan harga murah, ada yang di beli dengan harga agak tinggi. Ada jenama popular, ada jenama yang kami tak pernah dengar sebelum ini, ada jenama yang minat tapi belum dapat.

Kami tak kisah tentang apa harga dan apa kondisi. Yang penting salam perkenalan dan persahabatan terjalin kini. Yang paling seronok, bila beli dapat lagi jam free. Sukalah hati, kita bukan mintak ,kawan nak bagi, terima dan bersyukurlah...

Ada yang bertali kulit, ada yang bertali besi. Kami tukar ganti ikut gerak hati, sedap mata dan cita rasa. Ada yang kami bagi pada saudara mara dan kawan bila dia orang tengok terus berkenan.

Ada juga rakan-rakan yang merisik kalau-kalau minat nak jual tapi setakat ini kami lebih minat membeli. Tapi mana tau, kut-kut lepas Ogos nanti berubah angin, nak berjual lebih dari membeli. Tengoklah nanti.

Maklumlah saudagar-saudagar jam lama yang ternama pun dah branch out retail barang baru. Mungkin ada ruang nak mencelah.

Jam lama pun jam lama jugak, jam baru pun kena cari. Kalau tidak takut ketinggalan perkembangan dan kemajuan dunia jam.

Minat pada jam amat seronok dan leka kerana dapat lari dari suasana keharuan politik yang kadangkala buat kita jadi getik. Minat pada jam memberi kesedaran tentang sedikit kehebatan manusia mengukur perjalanan masa ketentuan Ilahi selama 24 jam sehari. Kalaulah tiada pengukur waktu seperti jam...

Pemburuan jam-jam lama juga menyedarkan kami betapa dalam kecanggihan barang moden ciptaan terbaru, barang lama tetap ada nilai, berharga dan bermutu. Masih segar menjadi idaman dan diberi penghormatan seperti mana kita tetap menghargai jasa orang-orang tua dan orang-orang yang terdahulu daripada kita. Yang baru mengangkat teknologi, yang lama sebagai penyeri.

Jam-jam lama zahir dalam pelbagai jenama, bentuk dan rupa. Ada yang masih jelita kerana rapi di belai dan dijaga tapi banyaknya lusuh dimamah masa.

Antara peminat dan pengumpul jam lama, ada yang lebih suka dengan keadaan seadanya, ada pulak yang berminat melakukan cubaan pemulihan. Yang penting, jam yang dibeli, perlu dihargai dan disimpan selamat.

Jagalah dengan baik dan cermat, maklumlah barang lama sukar nak dapat. Kalau dah pergi bukan boleh diganti lagi.

Sunday, July 5, 2009

KERETAKU, MORRIS MINOR 1000

Sekitar tahun 60an , kereta Morris Minor 1000 memang popular kat kampung. Ramai guru dan pegawai kerajaan yang mampu beli, pakai kereta jenis ni. Dalamnya luas, tampak solid dan anggun kalau warna hitam. Bapa saudara saya seorang guru besar sebuah sekolah rendah memang pakai kereta jenis itu.

Sekali-sekali dapat naik kereta dia, rasa seronok sungguh. Tapi tak dapat selalu naik sebab anaknya ramai. Kalau kebetulan pergi rumah dia, dapat main keliling kereta dan sentuh kereta pun dah kira ok.

Satu hari, ayah beritahu dia dah dapat lesen memandu. Cuti hari Jumaat, dia ajak bersiar-siar. Dah dapat lesen,kenalah cuba bawa kereta, katanya.

Hari Jumaat pun tiba, kami empat beradik pun bersiap sedia. Ini pengalaman pertama nak ikut ayah naik kereta yang ayah sendiri pandu. Ayah pinjam kereta kawan, Morris Minor 1000 warna hitam. Nampak cantik sungguh kereta tu. Mak tak ikut sebab nak jaga adik kecik. Lagi pun mak banyak kerja rumah nak buat.

Ayah minta semua naik. Semua duduk di belakang. Ayah masuk dan pastikan semua pintu dikunci sebelum memulakan perjalanan. Dari raut muka ayah , dia kelihatan yakin.

Enjin mengaum dan kereta meluncur keluar dari laman rumah. Kami duduk diam dalam kereta memerhati ayah memandu. Hebat sungguh ayah boleh bawa kereta.

Baru sampai simpang pertama, tak jauh dari rumah, tiba-tiba kereta terhenti mengejut. Kami hampir terperosok di celah kerusi belakang.

 Apa hal pulak ni? Nampak ayah macam panik. Ada lembu melintas, kata ayah. Lama ayah nak dapat nafas balik. Ayah ambik keputusan pusing balik rumah.

Itulah pengalaman pertama dan terakhir naik kereta dipandu ayah.

Sememangnya selepas kejadian tersebut ayah biarkan saja lesen mati. Dia serik dan fobia memandu kereta. Tak pernah nampak dia sentuh setering kereta lagi.

Tapi ayah tetap hebat.

Awal tahun 2006, ternampak sebuah kereta Morris Minor 1000 dengan nombor pendaftaran yang agak menarik untuk dijual di sebuah stesen minyak.   

 Saya agak tertarik dan beranikan diri bertanya hal kereta tersebut. Tawar menawar berlaku, kata sepakat tentang harga tercapai. Kereta yang rupanya macam junk terus menjadi milik saya.

Selepas dipulihkan dengan peruntukan yang terlebih estimate,inilah rupanya.

Sekadar satu kenangan silam bersama ayah tercinta.

Wednesday, July 1, 2009

COUNT YOUR BLESSINGS...THEY COME IN SMALL PACKAGES

I consider every day is a bonus to me especially so after retirement. Most of the time now is spent with my beloved family. Whatever time left then is dedicated for community services, helping the needy, reconnecting with close and distant relatives and finding new friends. 

When you have reached a certain age like me, you tend to realise that time is getting shorter by the day. Any time any day, you can be recalled by the Almighty to face the music. So, whatever little thing that you do and get appreciated, you tend to get excited and count your blessings.

For the good or the bad, I can’t stand seeing broken and ugly looking things or items. So, if I can have my way to fix and restore them, then I will, albeit, within our limited resources. The satisfaction is always to see them beautiful, glorious, up and running again. Of course some people prefer to retain the original look and conditions of the items no matter how broken the items are, in the name of originality.

I’m fine by that. After all, beauty is in the eyes of the beholder. It’s always good and healthy to differ for we see things from different perspectives. I always respect different opinions.

Yesterday, while in Alor Setar, Muzill and I noticed an outlet displaying old wall clocks. We stopped by to meet the elderly owner. We were not that keen on wall clocks since many more at home yet to be hung. Muzill braved himself asking about vintage wrist watches for sale. Noticing that we were really serious, Ah Seng, the friendly owner, produced an old ‘MONDIA’ watch. It looked original, in good running condition, clean and clear of any scratches. At the price quoted, a real bargain, we grabbed it at the first instant. Since he had only one piece and we wanted more, we enquired on the possibility of meeting up with other retailers of vintage watches in town.

 Count our lucky stars, he informed us about Ah Siang, his old friend trading at City Plaza. Wasting no time, we plodded to the place.

We met Ah Siang, who was pre-informed of our visit by Ah Seng. This old hand sure had a good collection of vintage wall clocks, mantle pieces and wrist watches. Alas, only a few wrist watches were for sale.

We also had a chance meeting with Hashim, an oilrig man and an avid Seiko Divers’ collector who happened to be at Ah Siang’s place. He showed us a few of his collections including one for repair. It is always a special moment meeting up with a collector and a seller at the same time.

We picked up one Titoni that pleased our eyes and politely declined the others.

Today, after our business meeting, Muzill and I stopped by Ah Lek’s shop to pick up the Enicar and Pierre Cardin we sent last week for repair and servicing. To my amazement, Ah Lek refused to charge us this time for the work done. ‘Sikit saja mah, apa mau charge sama kawan.’said Ah Lek apparently valuing our friendship.

I count these chance meetings, the opportunities to purchase and that little gesture, small they maybe, as blessings.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...