Tuesday, July 7, 2009

BARANGAN LAMA...KHAZANAH NEGARA 1

Hari ini bertemu seorang kawan yang berniaga barangan antik di sebuah kedai di Ipoh. Banyak sekali koleksi beliau. Barangan tembaga, setem, sampul hari pertama, radio lama, mesin jahit, lampu gasoline, jam dinding lama, barangan tembikar, barangan perak, senjata lama, syiling lama, nota wang kertas lama dan pelbagai barangan dalam bermacam rupa, bentuk dan warna.

Katanya perniagaan barangan lama atau barangan antik amat lumayan kerana permintaan daripada luar negara amat tinggi dan harga tak pernah turun, malah makin meningkat. Sepanjang sembang-sembang, phone pejabat sentiasa berbunyi, enquiries datang bertalu-talu. 

Ramai pelanggan yang membeli darinya menganggap membeli dan menyimpan barang lama atau antik adalah pelaburan sihat, selamat dan untung besar. Katanya, antara pelanggan adalah orang-orang muda luar dan dalam negara yang membeli barang lama sebagai pelaburan.

Pilihan yang dianggapnya bijak memandangkan simpanan tetap dan pasaran saham tidak lagi memberi jaminan pulangan menarik. Apabila tiba masa yang sesuai, mereka akan menjual semula barangan lama atau antik pada harga yang berlipat ganda di pasaran antarabangsa.

 Dua tiga jam berbincang dengannya tak terasa pun. Banyak benda yang dia cerita. Maklumlah dia dah terlibat dalam perniagaan ini hampir 40 tahun. Katanya, barang lama adalah khazanah negara dan sejarah bangsa yang perlu difahami masyarakat semua. 

Janganlah hendaknya semua barangan lama terlepas ke luar negara, barulah kita ternganga...

2 comments:

Anonymous said...

Salam Dato, lain kali ambik gambar dan masukkan dalam blog ni, teman kalu dengor kata kedai antik jadi macam teringin bebenor nak nengok apa ke barangnya yang ada tu...

havana said...

salam..

betul kata Tan Sri JamKoleksi @ abg Lan kite tu.. kalu x ada gambar kurang syok ler skit.. kitaorang (geng2 peminat brg antik) ni, boleh nengok gambar pun rasa terubat dah..

p/s; tertunggu2 bila Dato' Seri Limau Tambun nak boh gambar2 tu.. hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...