Thursday, July 9, 2009

BOB T.C. CHEW, ORANG LAMA BERNIAGA WANG LAMA

Orangnya hampir mencecah usia 70 tahun tapi masih gagah dan gigih meneruskan minat. Hobi mengumpulkan wang lama yang kini menjadi teras perniagaan yang dijalankan di tingkat 7, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Bob Chew memang mempunyai banyak stok wang lama, wang  baru, commemorative coins dan educational coins untuk jualan. Wang kertas, syiling lama Malaysia, Singapura, Brunei, Australia dan banyak lagi negara. Tapi saya lebih berminat wang Malaysia.

Muzill yang mencadangkan saya ke situ kebetulan kami di KL hari ini. Mungkin ada wang kertas lama yang boleh dibeli. Sememangnya kami masih mencari wang kertas 25 sen zaman King George VI untuk melengkap koleksi.

Muzill pernah berkunjung ke kedai Bob sedikit masa lalu untuk melihat koleksi Bob dimana Bob mencadangkan supaya jadi ahli Malaysia Numismatic Society.

Saya memang berminat untuk jadi ahli persatuan tersebut untuk melayakkan saya membuat bida jika ada lelongan anjuran Persatuan seperti pada 5 Julai 09 lalu di Museum Negara.

Kami bernasib baik. Bob memang menyimpan sekeping nota wang lama 25 sen King George VI. Tapi sayang, kondisi nota yang berbintik hitam kurang memuaskan dan harga pulak terlalu tinggi. Nampaknya kena tunggu lagi lah...

Apa pun kami tidaklah hampa kerana ada juga syiling zaman King George V, George VI dan Queen Elizabeth II berkondisi cantik dapat dibeli dengan harga baik.

Sebagai tanda kenangan pertemuan, sebuah buku rujukan ‘ Standard Catalogue of Malaysia, Singapore, Brunei –Coin & Paper Money’ oleh Steven Tan bertukar tangan.

Yang paling saya tertarik ialah komitmen Bob. Seusia matang mencecah hampir tujuh dekad, dia masih meneruskan hobi merangkum niaga dan minat.

MAY YOUR BUSINESS PROSPER, BOB.

3 comments:

Anonymous said...

salam dato, nampaknya minat dato terhadap barang lama ni tak terbatas... saya sokong... tak rugi... bulan ogos saya ada konfren kena bentang research saya di crowne hotel... sebelah saja dengan kedai bob tu... boleh lari sat tengok2 jer... salam.

Limau tambun said...

Salam sdr JamKoleksi,

Selamat bersidang dan selamat berkunjung ke Berjaya Times Square. Depan kedai Bob ada lagi satu kedai jual barang antik tapi harga stiff sikitla...

Geng Borak said...

SALAM...
SAYA TAK PERGI LAGI KEDAI NIH..
ADA MASA NANTI AKAN JENGUK.
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...