Friday, July 10, 2009

BARANGAN LAMA...KHAZANAH NEGARA 2

Ramai rakan-rakan yang minta saya sertakan gambar-gambar  dalam artikel baru lalu atas tajuk yang sama. Memang memang  bersetuju . Takde gambo, artikel tu tawo macam masakan takde garam.

Lantas pagi ini saya sekali lagi mengunjungi kedai antik tersebut. Senyum Encik Govin, melerek sampai ke telinga. Senyum rezeki  lah tu.

Encik Govin, pemilik kedai, memang orang lama dalam bisnes barang antik. Dia memang suka orang selalu datang. Datang hari-hari pun tak jadi hal, tengok-tengok dulu ,tak beli pun takpe, katanya. Adat orang berniaga memang pandai public relations.

Bagi mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Damansara, Bangsar dan Petaling Jaya, jika anda berkunjung ke Amcorp Mall pada hari Ahad, Encik Govin memang berniaga di sana pada hari-hari tersebut . Beliau juga mengadakan pameran bulanan di  Dewan Sri Indah Heritage Hotel, Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada hari Sabtu dan Ahad minggu pertama setiap bulan.

Jika anda berminat untuk keterangan lanjut, sila layari http://www.govinstamp.com.

Kalau cerita pasal setem dan First Day Covers Malaysia, Brunei dan Singapura, stok yang ada di tangannya lengkap mengikut tahun dari awal tujuh puluhan hingga sekarang mengalahkan Biro Filateli, di Pejabat Pos Besar, Ipoh.

Nak lebih senang, sediakan shopping list dan serah dulu padanya untuk dicari dalam inventori. Bila dia dah lengkap, pegilah ke kedai untuk runding harga dan lunaskan. Koleksi lengkap tak payah jalan penat-penat.

Kalau minat kumpul radio atau typewriter lama, banyak pilihan yang cantik-cantik ada.

Peminat Elvis Presley tentu puas hati kerana banyak foto masih terjual. Nak beli gramophone lama pun ada lagi sebuah menanti sesiapa yang berhajat nak beli.

Mengenai proof coins, I think you will be spoilt for choice.

Kata Encik Govin, ramai peminat dan pengumpul barangan antik yang berkunjung ke kedainya duduk berejam-jam membelek barangan-barangan yang ada sebelum membuat pilihan. Dia pun tak kisah, maklumlah kalau jadi beli, dia untung besar.

Memang banyak barangan dalam kedai sampai bersepah-sepah atas lantai.

Rasanya kalau sungguh nak berbeli, tak cukup duit satu guni.

Kepada peminat dan pengumpul-pengumpul, jemputlah datang. Tengok-tengok dulu, mana tahu kut ada yang berkenan di hati tapi buatlah pilihan yang bijak jangan terlajak...

 

9 comments:

Anonymous said...

Terima kasih untuk gambor-gambor tu... teman ndak tanyer... dalam satu gambor tu ternampak jam tangan yang dato pakai tu... brand apa?...

Limau tambun said...

Sdr Jam Koleksi,

Hebat mata professor. Dalam banyak-banyak gambar, jam juga yang nampak.Jenama 'Frederique Constant Geneve - open heart'.

duniajam said...

Saya tertanya gak jam apa Dato' pakai tu.

duniajam said...
This comment has been removed by the author.
Geng Borak said...

kedai mr govind ni belah mana yea?

Limau tambun said...

KiD,
Kedai En Govindasamy kat traffic Light, Jalan Sultan Idris Shah(Brewster Road) sebaris dengan kedai Foto Chan Sam Lock, Yayasan Perak dan bertentangan dengan Bank CIMB. Senang cari tu.
Mention kata dapat info daripada blog, dapat diskaun sikit kot hehe...

Geng Borak said...

dah pegi semalam ke amcorp mall.
singgah ke booth dia. tak banyak yang dia bawak, nanti nak kena tunggu kat herritage lak..

sambil2 tu.. berkenan lak dgn gramofon engkol dia tuh.. hehehe

Limau tambun said...

KiD,

kene tengok kat kedai dia baru ada kick. Kalau turun Ipoh, calllah, boleh kite pekena mee rebus Ramli.

Geng Borak said...

yea laaah..
tempat jatuh lagi dikenang..
teman asal batu gajah dulu..
:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...