Tuesday, June 23, 2009

CUCI LAMAN CUCI MASJID

Dah seminggu perhatikan rumput di kawasan kiri kanan bahu jalan depan rumah nampak serabut dan tak bermaya. Barangkali dah lama tak berbela dan berbaja .

Pagi tadi bertekap dengan Hassan dan Atik  kemaskan kawasan tersebut. Bila tiga orang buat kerja, beban  jadi ringan kerja jadi senang.

Sebenarnya kawasan diluar rumah , kawasan lapang  di kiri kanan sepanjang bahu jalan adalah tanggungan Majlis Bandaraya Ipoh(MBI).

 Tapi pekerja-perkerja MBI, deme ni, faham faham aje lah, banyak lagi kerja nak dibuat. Cuci longkang, sapu jalan, potong pokok, cangkul rumput,sapu sampah, angkat sampah dan serba serbi lagi. Nak berlonggok gulung rokok  pun katanya tak sempat.  Jadi elok juga kita sebagai warga kota bantu mana yang boleh dan mana yang patut.

Setahun yang lalu saya dan jiran ambik keputusan, lanskapkan kawasan dibahu jalan depan rumah kami. Tunggu pekerja MBI, sibuk semedang, kawasan depan rumah kami hapah tak mandang.

Mula lanskap laman depan rumah, sekarang kami dah lajak sampai ke bahu seberang jalan. Tak kesah asalkan mata sedap memandang dan kawasan udah macam taman. Itu yang bila rumput nampak kusam, hati mula tak runsing semacam.

Tengah sedap kemaskan laman, baru teringat hari ni ada gotong royong kat masjid.

Walau pun kerja belum cukup siap, kena tangguhlah dulu  cuci laman sendiri kerana kerja di masjid belambak menanti.

Ramai juga rupanya ahli-ahli khariah yang berkumpul. Hari ni hari pejabat, jadi yang datang ramainya orang pencen lah. Dato Kamaruzaman, Haji Nopiah, Haji Madhi, Ustaz Yunus dan Haji Yahaya masing-masing sibuk bekerja. Pasu-pasu bunga disusun semula, dahan mati dikerat, longkang dicuci kasi clear mana yang tersumbat, lalang dicabut dan sampah semua dipungut.

Haji Hambali, Pengerusi masjid, nampak pulun sungguh sampai disuruh berhenti makan pun buat acuh tak acuh. Dia memang rajin anjur majlis serupa ni supaya kawasan dan bangunan masjid sentiasa berseri.

Barangkali itulah sebabnya Tabung Haji, Ipoh pilih Masjid AlMutaqqin, Taman Meru untuk menganjurkan Program Amali Jemaah Haji tahun ini pada 27 Jun 2009, Sabtu nanti.

Tiga jam juga bertungkus lumus. Jam 12.00 tengahari baru selesai kerja mencuci. Kerja jadi senang kerana semua yang ada tak curi tulang. Ada individu yang menaja makanan dan minuman ganti diri yang tak dapat datang.Terima kasih,Nan.

Alhamdulillah, walau pun badan mula terasa sengal-sengal tapi hati lapang.

 Laman depan rumah dah mula nampak bermaya walau pun kerja belum sempurna. Kawasan dan bangunan masjid pula tampak seri dan lawa.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...