Baru ku sedar rupanya jam vintage dan jam karat nie memang memikat dan memang ramai peminat.
Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban. Ini yang istimewa. Bila sembang pasal jam, tiada batas warna kulit, tiada sempadan suku bangsa dan tiada had umur serta usia.
Sememangnya ,peduli apa dengan warna kulit. Sama ada putih, merah, kuning langsat atau hitam, kan kita semua punya minat sama pada jam.
Contohnya seperti petang tadi semasa aku singgah di kedai jam Yew Cheong di pekan Bidor, Perak untuk mengambil sebuah jam lama yang dibaiki.
Yew Cheong ni memang pakar baiki jam, terutama jam vintage atau klasik. Walau pun usianya sudah menjangkau 72 tahun, tapi dia masih sihat menguruskan kedainya di Jalan utama Bidor- Tapah.
Aku di tunjukkan Yew Cheong dua buah jam vintage, sebuah Rado Diastar dan sebuah Seiko Bellmatic. Dua jam tersebut bukan saja menarik minat ku dan Muzill tapi jua seorang lelaki India tua yang kebetulan berada di situ.
Aku beri ruang untuk dia melihat dan memeriksa dua buah jam tersebut dan juga jam Pagol kepunyaan ku yang telah siap Yew Cheong baiki. Sembang punya sembang rupanya dia juga peminat jam vintage.
Ini yang aku suka, sesuatu hobi boleh menjalin kemesraan sesama kita menjangkaui batas warna kulit dan sempadan bangsa.
Dari mula membeli jam tangan, sedar tak sedar, teringin pulak nak tambah jam meja. Selepas membeli sebuah mantle piece jenis 'smiths' dan sebuah jam comel jenis'8 days' daripada Sdr Azlan Jamkoleksi, terserempah dengan tiga buah lagi mantle pieces semasa jalan-jalan di Locken, Ipoh empat minggu lalu. Tapi, mak oi, rege punye le mahei! Mintak kurang rege , ciput je diskaun dia bagi. Takat tengok je le...mungkin rezeki nak tambah koleksi jam meja tersekat sekejap.
Beberapa minggu lalu masa singgah kat kedai jam Ah Lek di Market Street, Ipoh. Ditunjuknya Ah Lek dua buah jam tangan vintage. Berkenan terus jadi beli. Sebuah Omega Seamaster Cosmic dan sebuah Titoni Cosmo King.
Sebuah jam dinding tiga lubang jenis Jughans yang dipamerkan disitu menarik perhatian ku. Nampak macam baru tapi vintage kata Ah Lek. Harga yang ditawarkan agak menarik. Daripada orang lain ambil baik aku yang kilek.
Paparan beberapa koleksi terbaru kami hanya sekadar tontonan sahabat-sahabat yang punya sama minat, kurang lebih begitulah niat dan hasrat.
3 comments:
Tak apa Limautambun, jam vintage ni pun macam satu pelaburan, lebih istimewa dapat belek hari-hari buat isi masa lapang. Cakap pasal kenalan jam memang cukup ramei...
Cantik gak jam-jam kat blog abang! Nak jual ke?
Buat masa ni nak tambahkan lagi koleksi dulu. Mungkin bila dah banyak nanti mungkin boleh timbang jual sebahagian.
Post a Comment