Sunday, June 21, 2009

WAJAH-WAJAH DI MEMORY LANE, IPOH

Luangkan sedikit masa pagi tadi untuk ke Memory Lane atau Locken, Ipoh. Sampai di sana jam 9.00 pagi, berpusing-pusing mencari tempat parking kerana tempat parking biasa sudah penuh. Kelihatan pengunjung sudah ramai.

Misi ke Locken hari ini adalah untuk mencari wang syiling sebelum Merdeka untuk menambah koleksi. Destinasi adalah beberapa spot yang biasa di kunjungi yang menawarkan syiling berkeadaan baik dan cantik dengan harga menarik.

Seperti biasa singgah dulu ke beberapa spot yang menarik melihat pelbagai telatah penjual yang cuba menarik perhatian pengunjung. Sama ada strategi atau gorengan, itu cara dan keistimewaan masing-masing menonjolkan barangan.

Terserempak beberapa orang kawan yang saja jalan-jalan tengok orang dan tengok barang. Ada pulak bekas pekerja yang cuba-cuba berniaga jam replika cari rezeki tambah gaji.

 Ada pengunjung yang tertarik lantas terus membeli dan ada yang hanya suka-suka menjengok sekadar nak berseronok mengisi ruang di pagi hari minggu.

Apa pun jalan penuh sesak dengan pengunjung dari segenap lapisan umur dan bangsa. Cuma yang kurang selesa ialah asap rokok second hand yang mengisi udara hembusan dari perokok tegar yang tidak pernah peka tentang kesihatan dan alam sekitar.

Tidak ada hasrat hari ini untuk membeli jam lama tapi dek kerana minat, tetap menjengah spot-spot jam lama. Intai-intai juga kot-kot ada yang berkenan di hati. Kalau kena cara dan harga, tak salah kalau beli satu dua.

Singgah sebentar kat gerai Haizul daripada blog’ Haizul Antique’ dengan koleksi barangan antik seperti keris lama, kipas elektrik, kukur kelapa dan barangan tembaga masih jenuh untuk pilihan collectors. Tak ada barang rasanya nak di beli disitu kerana barangan tembaga yang ada di rumah pun dah tak larat nak gosok.

Menyusuri gerai di kiri dan kanan sepanjang jalan, kagum dengan semangat persaingan sihat peniaga-peniaga dan minat pengunjung-pengunjung.

Ada pengunjung yang sanggup membawa anak kecil meredak pagi , entah apa yang dicari.

Ketika singgah di satu spot yang memperaga jam lama, bertemu seorang blogger. Zul Putera daripada blog  ‘My Locken’ turut mempamerkan koleksi jam lamanya. Jauh dari Manjung dia datang. Gembira dapat berjumpa fellow blogger yang juga minat jam lama. Sebuah jam yang ditawarkan Zul dengan harga patut kini bertukar tangan sebagai tanda persahabatan. Thanks Zul.

Insyaalah jam tersebut akan dipamerkan selepas ditepung tawar, mandi bunga  dan dikasi make over.

Kepada sesiapa yang ada minat nak beli jam lama yang berjenama, cari Ku Ahmad, koleksinya gamat.

Tiba di spot jual wang dan syiling lama, Ah Ong seperti biasa tersenyum riang sedia menunggu pelanggan. Memang banyak wang kertas dan syiling lama yang boleh dipilih, dibeli untuk menambah koleksi. Nota wang lama dan syiling dari koleksinya memang banyak berkualiti tinggi dan berkeadaan sempurna. Tapi kena tanya dia kerana tak di pertontonkan kepada semua.

Hari ini agak bernasib baik, banyak syiling lama sebelum Merdeka yang boleh dibeli. Harga baik, coins pun cantik-cantik. Pilih punya pilih, dapat juga sekeping dua untuk dibawa pulang. Misi tercapai hati senang.

Kepada yang belum pernah datang ke Memory Lane atau Locken, Ipoh, cuba-cubalah lapangkan masa dan berkunjung ke sana.

Mungkin Majlis Bandaraya Ipoh dan Kerajaan Negeri Perak dapat menaik taraf tempat dan kemudahan disitu supaya Memory Lane boleh menjadi satu destinasi pelancong. 

2 comments:

Belacanhangit said...

stiap pagi ahad mmg tak miss pegi..
layanz..coz dpt cri vinyl, kaset or something2 yg rare untuk dbeli..

Anonymous said...

menarik,mesti pergi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...