Wednesday, June 3, 2009

MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNG...

Agak lama juga Kelab Keledang tidak menganjurkan hari keluarga. 

Atas inisiatif dan daya usaha Sdr RK dan AJK Biro Ehwal Kelab, berkampunglah segerombolan ahli , sahabat handai dan anak-anak Keledang seramai 56 orang di Teluk Dalam Resort, Pulau Pangkor.

Acara sukaneka memeriahkan suasana hari pertama. Tawa ria mengiringi setiap acara apatah lagi dengan telatah anak-anak yang sememangnya kelihatan cukup gembira dan teruja menjayakan acara.

Terasa macam di kampung bila pihak Resort pulak menjamu ubi rebus cicah kelapa dan gula sebagai pengalas perut sepanjang sukaneka.

Tapi yang lebih hebat ialah program aktiviti gotong- royong bersama masyarakat nelayan di Kampung Teluk Dalam pada hari kedua meliputi acara mengecat bangunan tadika, masak memasak dan menyiapkan sudut bacaan tadika.

Tok Sidang Awang, Ketua Kampung Teluk Dalam yang berpandangan jauh, banyak membantu menjayakan program gotong royong Kelab Keledang bersama orang kampung.

Walaupun orang kampung sibuk dengan aktiviti harian tapi mereka tetap turun beramai-ramai menjayakan program yang diatur. Imam kampung juga tidak ketinggalan mengecat bangunan tadika. Barangkali dia terlalu letih sehingga terlewat ke surau untuk solat jemaah zuhur dan tahlil.

Sementara ahli dan anak-anak Keledang sibuk mengecat bangunan tadika, ibu-ibu Keledang bersama kaum wanita Kampung Teluk Dalam beramai-ramai memasak nasi dan juadah untuk makan tengahari. Bukan selalu boleh dapat ikan balulen dan ketam rimau yang baru dinaikkan dari laut.


Gulai kawah ikan belulen ‘fresh’dan ketam rimau segar rebus nie memang cukup lazat weh! Makan macam orang kebulor, sape lalu pun dah tak kuase nak negor.

Program goyong royong bersama orang kampung sengaja disusun sebagai pendedahan kepada anak-anak Keledang. Biar mereka faham bahawa setiap insan tetap ada tanggungjawab kepada masyarakat walau di mana mereka berada pada setiap ketika.

Inilah falsafah Keledang, mendidik biar dari usia muda dan tanggungjawab adalah pada semua .

Sepagi hari bersama masyarakat Kampong Teluk Dalam, Pulau Pangkor diharap dapat menyemai bibit pertanggungjawaban kepada anak-anak Keledang terhadap masyarakat.

1 comment:

Jam-balaya said...

Dekat darat ni ada jual ke ketam yang fresh macam dalam gambar tu ke, bang. Terliur saje bile tengok gambar ketam rebus tu. Fuh.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...