Sunday, September 13, 2009

BANTUAN DARIPADA ISLAMIC RELIEF MALAYSIA UNTUK GUGUSAN KAMPUNG MAKMUR, ULU KINTA


Petang semalam sebelum majlis berbuka puasa, penduduk Kampung Makmur, Kampung Tonggang, Kampung Dollah dan Kampung Batu, Ulu Kinta, Ipoh menerima bantuan makanan daripada Islamic Relief Malaysia, sebuah badan amal yang berpengkalan di Paris dan mempunyai cawangan di Kuala Lumpur. Bantuan makanan sampai terus dari Kuala Lumpur pada hari Jumaat malam Sabtu.

 Setiap keluarga dibekalkan dengan sekotak 15 kilogram makanan untuk hari raya.

Encik Jawahir, selaku Presiden, Islamic Relief Malaysian Chapter telah menyerahkan sendiri bungkusan makanan kepada ketua-ketua kampung  selepas program pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Hospital Pantai, Ipoh.

Penglibatan Islamic Relief, Malaysia adalah atas inisiatif Dr Dilshaad Ali, CEO Hospital Pantai Ipoh.

Majlis berbuka puasa dan solat Maghrib dijalankan di Balai raya. Inilah morei yang pertama untuk penduduk disini bagi Ramadhan tahun ini.

Memandangkan jumlah kehadiran adalah ramai, sebahagian hadirin terpaksa berbuka secara buffet di khemah sementara yang didirikan.

Semua bantuan termasuk program jangka panjang pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sukan yang sedang dirancang harapnya dapat memberi manfaat kepada penduduk keempat-empat kampung dalam gugusan Kampung Makmur, Ulu Kinta.

Selesai solat isyak dan solat terawih, sembang-sembang sambil pekena teh keruh dan roti bakar(biskut empat segi).

Terima kasih kepada semua kakitangan Hospital Pantai yang terus membantu. 

Terima kasih kepada rombongan Islamic Relief yang datang jauh daripada Kuala Lumpur walau pun dengan notis yang singkat.

Hanya Allah Ta’ala jua yang dapat membalas budi baik saudara-saudara.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...