Thursday, September 3, 2009

WORLD OF WATCHES and cheap way to buy expensive...

Saya memang suka membaca majalah. Tapi lebih suka tengok dan baca iklan dalam majalah terutama kalau ada iklan tentang jam. Tak kira apa jenis majalah dalam apa jenis bahasa. Faham tak paham tu cerita lain. Tak kira apa jenama pun asalkan jam tangan sukalah tengok dan sukalah baca. Tentang beli, cerita lainlah pulak.

Masa gunting rambut, masa nunggu giliran nak jumpa dentist, masa dalam kereta, masa nunggu mi goreng  dan milo O kat kedai mamak, pun itulah yang suka dibuat. Baca majalah.

Senang tak payah nak cari topic sembang kosong ...

Masa nunggu giliran nak jumpa dentist baru-baru ni, nampak satu majalah tentang orang-orang yang berjaya dalam bidang perbankan dan korporat. Amboi, hebatnya jam yang deme pakai. Nak sebut jenama pun berbuih mulut. Barangkali itulah salah satu simbol kejayaan kot. JENAMA JAM YANG TERIKAT KAT TANGAN!

Banyak sungguh jam yang dipaparkan dalam majalah ‘WORLD OF WATCHES’. Wow, steady betul, jam-jam yang diperagakan tokoh-tokoh korporat.Tapi hebat lagi orang-orang Swiss, orang Perancis, orang Itali dan Orang Jerman yang rekabentuk sesebijik  jam yang dijual sampai beratus ribu, berjuta pun ade. Mak ooi... maheinye. Tapi orang beli jugak sebab tu jam mahei jenis tu terus direkacipta dan dipasarkan dalam unit terhad.

Ayah bagi tau satu formula mudah, katanya, nak beli barang mahal tapi perasan murah. 

Ikut sistem minit, katanya. Bahagikan rege barang yang nak dibeli dengan jangka hayat barangan. Jangka hayat ialah tempoh lama mana barang tu boleh tahan pakai atau kita tahan tengok. Jika nilainya tak lebih dari sekupang satu minit, maka dikira murah lah tu.

 Contoh: Kalau sebiji jam Vacheron Constantin regenye RM500,000.00 dan jangka hayat tahan pakai atau tahan tengok 10 tahun.

                           RM500, 000.00

=                       ____________________

                         10 tahun x 365 hari x 24 jam x 60 minit

=                        9.5 sen satu minit

 Itu pun atas andaian barang tersebut takde residual value atau rege secondhand.

Kalau lebih dari sekupang seminit, katanya, panjangkan lagi tempoh hayat. Tetap murah dan belilah apa nak beli asalkan pakai duit sendiri.

Tak tau lah mana dia dapat formula tu...

 Jadi, lain kali kalau nak sedapkan hati beli barang yang rege pada tag nampak macam tinggi, cuba-cubalah apply formula ni, kot-kot mujarab, takde masaalah nye nak beli apa jenis jam pun waima Patek Phillipe ke, Cartier seperti paparan dibawah ni, belilah...

 Sayang saya pun tak pakai formula ni sebab memang  duit pun tak berapa ada...

 Catatan: muzillmansor

2 comments:

Irhomdeys Vintage Watches said...

IDAK LE TEMAN BERHAJAT NAK MEMBELINYE WALAUPUN 10 SEN SESAAT, MAHAI BEBENOR HARGA MULANYE, TAK MAMPU! TENGOK KAT MAGAZINE KAT NET CUKUP LE...

Limau tambun said...

Tuan Syed,

Teman pun seghope...
Takat nengok kat World of Watches jadile...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...