Saturday, September 26, 2009

PERHIMPUNAN KELUARGA

Sempena AidilFitri tahun ini, satu perhimpunan keluarga warisan Panglima Haji Wan Ibrahim Wan Ali Mekhong Cenerai, asal Patani, Thailand telah diadakan pada hari Selasa, 22 September  2009 di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Bayor, Selama, Perak.

Majlis menghimpunkan seramai hampir 400 orang daripada salasilah perantau daripada Patani tersebut yang telah berpecah enam iaitu di Sik dan Baling di Kedah dan  Selama, Batu Kurau, Gerik dan Pengkalan Hulu di Perak.

Berderetan kereta plet Kedah, Selangor, Pulau Pinang, KL dan bas sewa  membawa berduyun waris jauh dan dekat bertemu buat pertama kali.

Isteri saya dari generasi keempat salasilah tersebut yang bertapak di Selama, Perak turut hadir dengan keluarga. Wajar pun hadir kerana rumah ibu mertua hanya sepuluh dua langkah daripada sekolah.

Jamuan nasi bergulai daging kerbau rampai umbut pisang dan korma pekat daging katanya amat menyelerakan.

Walau pun panas terik rembang tengahari, hadirin berbagai gaya dan warna pakaian tetap kelihatan ceria bertegur sapa memperkenalkan diri sambil mengisi borang agar carta keluarga dapat dikemaskini.

Maklumlah pertama kali jumpa mesti banyak cerita.

Yang menariknya, apabila disemak carta salasilah keluarga, terdapat lima enam orang ahli Kelab Keledang yang bersoreh.

 Kelihatan gambar Sdr Razali Khalid dan isteri terpampang dicelah puluhan gambar-gambar lama waris dilekat kat papan pameran. Steady lah bro!

Kelihatan juga Sdr Dato’ Shafrizan dari kelompok Batu Kurau.

 Sdr Hussin Dato’ Ariff dan isteri serta ibu dan bapa mertuanya turut hadir. Sangkut sebelah isteri rupanya.

Sayang tak ada proper introduction tentang siapa siapa. Jadi main redah sendiri untuk kenalkan diri.

Mungkin di lain perjumpaan, name tag dan colour code disediakan untuk mudahkan susur galur dikenali.

Sayang juga, Yang Berbahagia Tan Sri Tajuddin Ali tidak dapat hadir. Tentu dia banyak cerita-cerita lama tentang salasilah keluarga ini yang mampu disampaikan.

Tahniah kepada penganjur. Walau pun majlis agak caca merba macam rapat umum, namun tetap satu permulaan yang baik.

Indeed it is a small world but still a nice beginning...

3 comments:

havana said...

Salam,
bestnyer dapat kompol ramei2 yer.. berkenal-kenalan sesama worikh yg tak kenal.. syabas & tahniah! semoga dieratkan lagi hubungan kekeluargaan ini.

Anonymous said...

i was there.. keturunan ke sembilan kalo x silap hari tu kire.. hehe.. asyraf_cs@yahoo.com bole le add fb..

Anonymous said...

rasanya sy pown ad jgak.. keturunan ketutuh kot.. huhuhu
shafizi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...