Thursday, September 10, 2009

SEMBANG JAM - ADA CARTIER, ADA ROLEX

Minggu lalu berkesempatan berborak pasal hobi kumpul jam vintage dan pre-owned dengan seorang kawan, juga pengumpul jam lama. Bezanya dia mempunyai kedai jam yang menjual jam baru.

Sebagai aktiviti sampingan beliau mengumpul jam vintage dan pre-owned dan menjual semula mana-mana jam daripada koleksinya kepada kawan-kawan yang berminat. Semua jam vintage dan pre-owned dalam koleksinya adalah dari jenis high-end pelbagai jenama. Ada Rolex, ada IWC Portuguese, ada Patek Philippe, ada Jaeger-LeCoultre Reverso, ada Panerai Luminor, ada Omega Planet Ocean, ada Vacheron Constantin dan ada Cartier. 

Cara dia mengumpul bukan senang untuk ikutan kerana sambil dia mengumpul sambil dia berniaga tambahan pula ada kelompok pelanggan setia.

Seronok juga bersembang dengan orang yang pandai jam, ada koleksi hebat dan ada pelanggan sedia. Boleh dapat ilmu cara niaga sambil jamu mata.

Saya maklumkan koleksi lekeh saya hanyalah dari low-end dan sederhana harga pelbagai jenama dari A dekat-dekat nak sampai Z. 

Dia cadangkan saya supaya fokuskan kepada beberapa jenama sahaja yang ada 'saleable value' seperti Rolex. Yang lain 'just let go'. Tapi tak semudah itu nak let go semua kerana banyak jenama seperti Bucherer, Longines, Titoni dan Vulcain memang berkenan dihati, harga patut, sangat reliable dan  selalu pakai pun.

Katanya lagi, pastikan semasa menempah dan membeli, kondisi jam adalah baik, perjalanan masa tepat, tanda hari dan tarikh berjalan lancar. Elakkan membeli jenama yang tidak terkenal kerana nilai jualan semula terlalu rendah.

Dia juga syorkan sebelum membeli tanya habis-habis tentang kondisi jam sama ada berkotak dan certificate original. Tanpa kotak dan certificate original, harga jualan semula adalah lebih rendah. 

Betul juga pendapat beliau...namun bukan mudah nak dapatkan kotak dan certificate asal.

Saya akui ada jam yang dibeli tak dapat digunakan walau pun penjual mengaku sudah buat servis sebelum penghantaran. Nasib baik daripada puluhan jam yang dibeli, hanya tiga buah jam iaitu sebuah Bulova, sebuah Titoni dan sebuah Rado Voyager yang condemned.

Kata kawan saya, pandai-pandailah memilih barangan semasa membeli kerana mungkin ada seorang dua daripada kalangan penjual jam yang terlepas pandang dalam aspek selenggaraan barangan. 

Ahh, itu perkara kecik...kekadang sembang -sembang jam ada juga manfaat dan ada juga mudarat. 

Pandangan yang baik dijadikan panduan dan yang kurang baik dijadikan sempadan. Yang penting semua boleh belajar dari pengalaman.

Tentang jam rosak...Lebih senang dan selamat dibiarkan saja dalam kotak selagi mana tidak jelak.

5 comments:

JACK' TREASURE CHEST said...

Salam, memang ada betul dan ada juga tak betul kawan tu cakap. Tidak semua jam yang orang Malaysia tidak berapa tahu tetapi sebenarnya sangat berharga dan tinggi nilainya. Ramai peminat jam lama di Malaysia hanya kenal jenama jam yang memang popular di Malaysia seperti Patek Philippe,Rolex, IWC, Franc Muller, Panerai, Vacheron Constatin, omega, longines, Raymond Weil, Cartier, Rado, Seiko, Tissot tapi ramai juga yang tidak pernah tahu jam-jam yang tinggi nilai seperti Edox, Alpina, Svent Anderson, Angular momentum, Anonimo, Arnold & Son, Audemar Piguet (AP), Ball, Baume & Mercier, Blacpain, Ernest Benz, Martin Braun, Breguet, Bucherer, Bvlgari, Chase-Durer, Chopard, Frederic Constant, Chronoswiss, Cuervo y Sobrinos, Corum, DeWitt, Doxa, Eberhard & Co, Dubey & Schaldenbrand, Roger Dubuis (Jam Dato' K), Faberge, Gevril, Girrard Perregaux, Geral Genta (harga RM100,00 keatas), Glashutte, Glycine, Harwood, hermes, Hublot, A Lange & Sohne, Ricahrd Mille, Maurice Lacroix, H. Moser & Cie, Armand nicolet, Ulysess Nardin, Piaget, Porche Design, Paul Picot, Daniel roth, Scalfaro, Pippo Italia, Sinn, Ventura, Vollmer, Xemex, Harry Winston, Dion Zei, George Burg, Zenith, dan banyak lagi. Jenama ini terkenal di Eropah, Jepun dan Amerika. Cuba-cuba le suft dalam net.

JACK' TREASURE CHEST said...

Perkara kedua yg disentuh oleh kawan kita tu untuk mengumpul jam-jam berjenama terkenal bagi tujuan pelaburan jualbalik memang betul, tetapi tidak semua rakan-rakan kita mampu untuk mengumpul jam-jam yang dinyatakan seperti IWC Portugese harganya lebih RM30K, Patek philippe Catlarava harganya RM100K, Panerai RM50K. Kadang-kadang memang teringin sangat nak kumpul jam-jam tu tapi poket bagi tahu sakit perut lak... jadi tengok dan simpan hajat dalam hati aje le hehehe

Limau tambun said...

Tuan Syed,

Salam.Memang tepat dua-dua pendapat.

Kawan kita ni beruntung sebab ada clientele tetap yang mampu beli. Saje dia tayang bagi kita terliur...

Jenama exotic memang banyak seperti dalam World of Watches.

Jenguk je Sincere Watch, Hour Glass, Wah Chan, bersepah jenama-jenama yang disebut. Bawak karung guni duit je bolehlah tukar dengan sebiji dua jam. Hehehe...

duniajam said...

Kalau ikutkan hati memang sangat teringin nak miliki jam Urwerk. Tapi harga seketul pun USD50k. Huhu... Jenama-jenama yg tuan Syed cakap tu memang kebanyakan saya minat & nak beli.... tp memang sangat2 tak mampu.

Kawan tu memang beruntung la boleh beli jenama2 high end tu. Pendapat dia ada yang saya setuju & tak setuju. Dia boleh cakap camtu untuk mereka yang mampu & dia pun memang seorang business man. Jadi pemikiran dia pun ke arah tu. Untuk yg tak mampu cam saya ni. Layan jam2 biasa je la. Beli jam untuk koleksi & layan minat sendiri je sambil2 kongsi dengan kawan2.

Dengan keadaan ekonomi sendiri sekarang ni nak beli jam lebih 1k pun pikir 2,3 kali. Kemampuan terhad. Minat jam Swiss, tapi tak mampu. Nak layan minat, beli la jam lama, NOS @ jam Jepun baru. Minat jam memang tahap kronik, tapi kemampuan ciput. Jadi koleksi yang ada pun jenama yg low end & sederhana saja. Apa boleh buat... Hmmm...

Limau tambun said...

Sdr Asmar (Dj),

Salam. Terima kasih atas komen saudara.

Kawan saya Cina yang sorang ni memang dah lama berniaga jam. Kedai dia pun besar, stock banyak. Modal dia pun mewah jadi mampulah deal jam berharga lebih RM100k sebijik pun.

Barangkali message yang nak disampaikan olehnya pada saya, tingkatkan ilmu dan upgradekan produk perlahan-perlahan supaya hobi pun boleh jadi bisnes besar bila produk kualiti tinggi dan eksklusif.

Tapi apa pun mesti ikut proses step by step. Modal kecil takpe asalkan ada cita-cita dan impian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...