Disamping ahli-ahli, anggota keluarga dan sahabat handai, majlis diserikan dengan kehadiran 33 orang anak-anak istimewa dan anak-anak yatim daripada Persatuan Spastik Ipoh kelolaan Puan Hasmah.
Majlis tahlil diadakan sebelum waktu berbuka untuk bekas-bekas ahli dan anggota keluarga yang telah meninggal dunia. Majlis tahlil juga adalah untuk bonda kepada bekas presiden kelab, Sdr Zulkifli Hussein, yang meninggal dunia pada pagi Jumaat dan di sempurnakan solat jenazah selepas solat Jumaat siang.
Alhamdulillah, lebih ramai yang dapat turut serta dalam majlis kali ini. Terasa suasana kekeluargaan makin mantap antara ahli-ahli dan keluarga.
Selesai berbuka, solat maghrib dan makan, mesyuarat mingguan dimulakan untuk laporan mutakhir dibentangkan dipengerusikan oleh Presiden Kelab, Sdr Ir Khairul Anwar Masud.
Senarai acara yang akan dijalankan di perkampungan Orang Asli di Kampung Makmur, Ulu Kinta dan Suak Padi, Parit diperincikan untuk ulasan. Banyak komen positif diusulkan, dibincang, diperhalusi dan dipersetujui.
Laporan tentang Tabung Imfak menarik perhatian ahli-ahli terutama tentang penambahn tinggi dana yang dapat digembelingkan untuk kebajikan.
Selesai mesyuarat, solat Isyak dan solat sunat tarawih, adjourn ke sesi teh tarik dan bubur pulut hitam.
Sesi teh tarik tak kurang menarik kerana berkisar pada perbincangan kecil persiapan untuk kenduri kawin dua orang anak ahli, seorang pada bulan Oktober 09 dan seorang lagi pada bulan Disember 09.
Terima kasih kepada Sdr Haji Razali, Puan Hajjah Rabisah dan keluarga kerana sudi menjadi hos kali ini.
No comments:
Post a Comment