Friday, November 6, 2009

ALAHAI, APA NAK JADI PERAK NI...

Saya bukan orang politik. Juga tidak berminat main politik dan tak pernah ada cita-cita nak jadi orang politik walau pun adalah kenalan-kenalan dari kalangan ahli politik, yang aktif mau pun yang pencen.

 Ikut pengamatan saya, suasana politik di Perak masih cerca merba. Sidang Dewan baru-baru ni pun entah apa-apa. Kecoh bila ada dua 'Speaker' masing-masing dengan kumpulannya. Pembentangan bajet negeri pun tak dapat berita. Cuma bila tengok TV1 dua malam lalu baru tahu sedikit cerita bila MB Perak, Dr Zambry dibual bicara.

Heran tak sudah saya, bila orang-orang pandai yang dipilih rakyat sebagai wakil rakyat tak dapat duduk semeja berbincang secara aman isu membabit rakyat jelata.

Bila pemimpin asyik bercakaran, rakyat tak dapat manfaat. Saya bangkitkan kerana tak nampak bayang pembangunan di negeri Perak. Contohnya, Projek Kampung Lat pun tak termampu dilaksanakan walau pun Dato' Lat diangkat jadi Ikon negeri Perak.

Isu pembinaan Kampung Lat ni mungkin bukan isu besar bagi orang politik tapi inilah satu contoh kecil projek tercicir bila pemimpin-pemimpin asyik bermain politik dan hilang fokus pembangunan.

Projek penting sebegini yang boleh menjadi satu pemangkin kemajuan negeri Perak tentunya sayang kalau diambil negeri lain.

Untuk rakyat , saya dengan rendah hati menyeru pemimpin-pemimpin politik Perak di kedua pihak, BN dan Pakatan, tolonglah duduk semeja berbincang demi kesejahteraan rakyat Perak.

Kalau MCA yang berentap bagai nak rak pun dah ada bayang boleh berdamai takkan Zambry dan Nizar berserta kumpulan masing-masing tak boleh mula berunding untuk kesejahteraan rakyat jelata...

Jangan dibiarkan rakyat Perak terus tanpa hala dan terpaksa MENGHIJRAHKAN projek ke luar negeri... 


 P/s Perbincangan antara J/K Kelab Keledang dengan En Aminudin Hashim, Chief Executive IDR, think-tank kerajaan negeri Perak petang tadi berjalan lancar dan penuh harmonis. Alhamdulillah, beberapa pemerhatian penting kelab mengenai cadangan pembangunan negeri Perak termasuk Kampung Lat, peluang pelaburan dan Ipoh Sentral 'received his full ears and attention with a promise to bring our observations and proposals  directly to MB, Dr Zambry. TQ'

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...