Sunday, November 15, 2009

SEKITAR PROGRAM KEM EKONOMI ANJURAN KELAB KELEDANG

Bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh sebanyak 33 orang pelajar tingkatan empat daripada 7 buah sekolah menengah di sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar telah berkampung selama tiga hari mulai 13 hb hingga 15 hb November 2009.

Pelajar-pelajar dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) dari pelbagai kaum untuk program Pembangunan Usahawan Muda (Cyberpreneur) yang dinamakan Kem Ekonomi anjuran bersama antara JPNP dengan Kelab Bakti Gunung Keledang dan K-Perak. 

Sekolah-sekolah premier yang terpilih adalah Sekolah Anderson, Sekolah Raja Perempuan, Methodist Girls school, Main Convent , STAR, Sekolah Menengah Teknik Ipoh dan Malay College, Kuala Kangsar.

Sepanjang tempoh  tersebut, mereka yang dibahagikan kepada lima kumpulan telah didedahkan dengan kaedah berniaga secara E-Commerce atau online business.

Setiap peserta diajar oleh kakitangan K-Perak cara-cara pembinaaan website dan ilmu berkaitan e-commerce.

Mereka juga telah didedahkan dengan urusniaga sebenar online trading oleh penceramah jemputan, Sdr Limau Tambun yang diberi tajuk ’TURNING HOBBIES INTO MONEY THROUGH E-COMMERCE’. Beliau banyak menggunakan blog rakan-rakan bloggers jam sebagai rujukan. Terima kasih Irhomdeys, Jamlama dan Haizul Antiques.

Kisah kejayaan seorang anak muda Kota Singapura bernama Jonathan Tee yang membina bisnes  berasaskan ‘preowned watches’ bermula dari umur 16 tahun secara fixed store pada tahun 1991 dan meningkatkan perniagaan secara online mulai 1998 telah disebut oleh beliau sebagai contoh terbaik jika ada kemahuan untuk menjadikan hobi sebagai kerjaya yang hebat. Kisah ini diharap menjadi  inspirasi kepada para peserta kem.

Kemuncak acara adalah persembahan daripada lima buah kumpulan peserta kem yang menonjolkan daya kreativiti masing-masing mengenalpasti produk, mencipta website dan memasarkan produk dan syarikat secara online.

Pujian harus diberikan kepada pegawai-pegawai K-Perak kerana berjaya melatih peserta peserta kem memahami konsep e-commerce sehingga memampukan mereka membuah persembahan yang amat kreatif dan meyakinkan.

Tahniah kepada Jabatan Pelajaran, Kelab Bakti Gunung Keledang, K-Perak, pelajar-pelajar, guru-guru pengiring, Presiden, ahli-ahli dan keluarga Kelab dan semua ahli jawatankuasa Petugas Kem Ekonomi Kelab Keledang.

Penat juga membantu merancang, membuat persiapan dan melaksanakan program tapi satu kerja yang berbaloi...

Sesuatu yang diluar dugaan ialah apabila di maklumkan bahawa sebuah syarikat barangan antik di Ipoh bersedia menawarkan cabang online marketing dan online trading syarikatnya jika ada antara para peserta Kem berkemampuan menyediakan website dan mengendalikan online business tersebut. Satu 'business opportunity' yang amat baik.

Semoga program Kem Ekonomi yang dimulakan sejak tahun 1999 dapat diteruskan dan  dipertingkatkan untuk  anak bangsa Malaysia.

 Catatan: Muzill.mansor (AJK Petugas Kem Ekonomi)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...