Thursday, November 12, 2009

TITONI YANG UNIK

Seperti ada misteri pada jam Titoni Space Star 009 yang satu ini. Berwajah bersih, cantik dan cukup tertarik. Iklannya NOS tapi tak bersurat dan tiada kotak asli. Sejak dibeli Julai lalu, jam ni tak begitu pandai bergerak tapi masih boleh merangkak. Crown sukar berputar dan bila digoncang dia bersiul perlahan. Like a spoilt brat, it refused to cooperate. Tapi semalam petang bila dikeluarkan untuk catatan artikel, digoncang sedikit jalannya lancar hingga ke pagi. 

Mungkin Titoni ini lebih special dan unik. Lain dari yang lain.

Bila mula-mula dapat dulu,bawa ke kedai jam nak sahihkan sebab musabab dia lembab. Bila buka dan diperiksa, doktor jam minta bawa pulang. Pelik juga bila doktor jam lebih banyak senyum sipi macam ada perkara yang membuat dia geli hati. ‘Ini jam sudah kena gam’ katanya bergurau membuat kami tergamam.

Pelik tapi unik. Jam jalan ikut mood. Walau pun doktor jam suruh simpan dalam laci tapi kami tetap happy. 

Sekali-sekali teringat  kaedah utama dalam ‘Sale of Goods Act 1957’ yang cukup relevan...Kaedah Purchasers Beware!...

Walau pun jalannya  tak lancar, tapi Titoni Spacemaster 009 tetap unik dan cantik.

Catatan:Muzill mansor

2 comments:

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

apa maksud kena gam tu?

Jay muzill said...

Sdr Ijan,

Macam budak hidu gam... high manjang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...