‘Abende pulak nak dibuat ni?’ Bisik hatiku. Apa pun mesti majlis besar ni. Aku cuba memberi jawapan sendiri.
Betul pun...Memang acara besar bila persiapan bertambah rancak, khemah dihias cantik dan pentas bertambah menarik. Sejak Rabu lalu, trailer-trailer RTM sudah diparkir di luar pagar masjid berhampiran pentas. Sah, ada rakaman TV.
Poster mulai dipasang dan hebahan radio mula berkumandang. Rupanya Kementerian Pelajaran Malaysia, MAPAN, JAKIM, Kerajaan Negeri Perak dan RTM secara bersama merancang menganjurkan FORUM PERDANA EHWAL ISLAM pada Jumaat 20 November 2009 jam 9.30 malam.
Malam tadi lah tu!
Inilah satu sejarah bagi taman ini yang di diami sejak tahun 1985 lagi. Pertama kali RTM datang bertandang untuk rakaman satu forum perdana sehebat ini.
Kan bagus jika dibuat selalu...rakyat boleh dapat manfaat mendengar benda-benda yang baik. Apatah lagi bila panel forum diketuai oleh Tan Sri Mufti Perak sendiri. Bukan senang juga nak dengar Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin, yang pernah lama tinggal di Taman ini, berbicara dalam Forum Perdana Ehwal Islam. Diserikan lagi dengan Ketua Polis Perak, bertambah-tambah seri lah majlis dengan dua Tan Sri dan satu ketua kepolisian negeri.
Wah, hebat sungguh Forum Perdana ini...bertuah orang Taman Meru. Senang-senang tiga empat ribu membanjiri majlis. Dapat makan free lagi pulak tu...
Forum berjalan dengan baik walau pun hujan rintik-rintik sebelum maghrib. Ada juga ruang untuk sesi interaksi dengan penonton.
Terima kasihlah Kementerian Pelajaran, MAPAN, Kerajaan Negeri Perak, Mufti, Polis, RTM, JK Masjid AlMutaqin dan sekelian hadirin yang menjayakan majlis bersejarah ini malam tadi.
Cuma sayang, MB ada gak hantar wakil yang boleh mengimamkan solat maghrib dengan tertib tapi ADUN kawasan...emmm, batang hidung pun tak kelihatan...
YB oh YB, orang yang tak gemor hadir majlis ilmu ni rugi banyak Ohhh...
No comments:
Post a Comment