Sunday, June 14, 2009

PILIHAN MELABUR...


Awal tahun lalu semasa sembang-sembang dalam bas rombongan kumpulan pesara ke Haatyai, tajuk melabur di hari tua timbul. Seorang sahabat memaklumkan bahawa dia melabur dalam sebuah bank yang diiktiraf kerajaan bernama Bank Persatuan dan mendapat pulangan dividen sebanyak 12.5% pada tahun 2007. Banyak tu...

Jikalah benar seperti dikata, kadar lumayan sebegitu adalah lebih tinggi daripada yang diberikan oleh ASB.

Pulang ke Ipoh saya membuat sedikit semakan dan ternyata tepat seperti yang dinyatakan sahabat. Lantas terus mengunjungi cawangan bank tersebut di Ipoh dengan anak saya untuk mendaftar sebagai ahli dan membuat sedikit pelaburan permulaan.

Awal tahun ini saya menerima notis mesyuarat tahunan untuk ahli-ahli kawasan Ipoh.

Memang tabiat saya suka bertanya dalam majlis sebegini terutama mengenai penyata kewangan dan akaun.

Itulah kata orang, dek sibuk sangat bertanya, udah jadi tumpuan dan terpilihlah saya menjadi salah seorang perwakilan mewakili kawasan Ipoh ke Mesyuarat Agong tahunan. Daripada hasrat awal hanya untuk menjadi pelabur biasa dah bertukar jadi perwakilan kawasan.

Semalam bertempat di Dewan Bertam, Penang Golf Resort berlangsunglah Mesyuarat Agong Tahunan Koperasi Bank Persatuan Malaysia Berhad.

Pertama kali menjadi perwakilan, memang banyak yang perlu diamati dan dipelajari.

Alhamduliilah, mesyuarat berjalan lancar. Lima kali saya bangun untuk memberi pandangan dan teguran mengenai penyata kewangan dan akaun menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai jurucakap kawasan.

Ramai perwakilan diberi kesempatan berbahas dan menyatakan pandangan.

Sememangnya banyak yang masih boleh dipertingkatkan oleh pengurusan bank terutama dalam urusan pelaporan kewangan dan akaun tahunan serta sistem kawalan kredit.

Dari gaya cara penyampaian,kupasan laporan, pematuhan peraturan mesyuarat dan kematangan berbahas, ternyata ramai perwakilan adalah dari kalangan professional yang berpengalaman.

Terdapat peguam, doktor perubatan, doktor PHD, akauntan, jurutera, pensyarah universiti, guru-guru antara perwakilan yang ditemui semasa rehat.

Mesyuarat yang berlangsung daripada jam 9.00 pagi berterusan sehingga jam 2.35 petang dengan rehat setengah jam, terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh lain untuk membahaskan pindaan undang-undang dan perlembagaan dan isu-isu yang belum selesai.

Tahniah kepada Dato' Shamsuriah dari kawasan Ipoh yang memenangi satu dari empat kerusi anggota lembaga pengarah yang ditandingi.

Tahniah juga kepada Pengerusi dan Lembaga Pengarah bank yang sabar dan taat mengendalikan mesyuarat dan sudi menerima pandangan.

Tahniah juga kepada pengurusan bank yang bijak menguruskan operasi bank hingga mampu merakamkan keuntungan cemerlang termasuk daripada projek perumahan.

Sewajarnyalah, Bank Persatuan dijadikan contoh kejayaan oleh syarikat-syarikat Melayu yang lain.

Dividen tahun 2009 dikekalkan pada kadar 10% seperti tahun lalu berdasarkan keuntungan bersih bank selepas cukai sebanyak RM 26 juta bagi tahun 2008.

Bukan senang nak buat untung dan bayar dividen sebegitu tinggi tahun demi tahun. Ada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia yang tak mampu bayar dividen walau satu sen pun kepada para pelabur saham biasa sejak disenaraikan tapi pengarah-pengarah syarikat tersebut, ahem-ahem, tetap nyadei nye mintak diluluskan 'directors fees'.

Sungguh berbangga dengan pencapaian sebuah koperasi bertaraf bank milik orang Melayu seperti Bank Persatuan yang berniaga berlandaskan syariah, semakin maju hingga mampu diberi pengiktirafan oleh kerajaan untuk diangkat taraf sebagai bank Koperasi kedua selepas Bank Rakyat.

Kepada yang mempunyai wang lebihan untuk melabur dengan potensi pulangan tinggi dan selamat, kenal-kenal dulu Bank Persatuan dan cuba-cubalah melabur jika yakin.

Had maksima pelaburan melalui pembelian saham ialah RM50,000.00 seorang.

SEMOGA BANK PERSATUAN TERUS MAJU DAN MAKMUR.

3 comments:

Ahmad Azanor Huslan Bin Ahmad Zanian said...

Tahniah le Dato'.....
Daripada pelabur udah jadi perwakilan.....
Silap-silap lepas ni dapat pulak jadi pengarah kat situ.....

Limau tambun said...

Terima kasih Lan. Saya tak de minat nak jadi pengarah. Takat perwakilan pun alhamdullillah....

non said...

Alhamdulillah, 10% dlm kegawatan ekonomi ni is good enough.But if BP1N can pay higher just pay ..Pelabur akan nampak ketulusan dan kesungguhan BP1N. Saya baru je melabur last year awal bulan Aug2008..Nampak gaya dapat proportionate je lah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...