Monday, August 31, 2009

A MERDEKA TREAT: A COMPLETE SET OF SOLID NUMBERS OF RMI ZETI AKHTAR

Securing a complete set of UNC One Ringgit notes with solid numbers signed by Governor Tan Sri Zeti Akhtar Ungku Aziz is not a very difficult task. There are many available sources such as Ebay, mudah.com.my, currency traders, flea markets and other reliable sources which can be counted on to procure the notes at reasonable prices.

 I normally count on a few trusted friends who are in the business to source for me the UNC notes. I was made to understand that even the ten ringgit and fifty ringgit notes of solid numbers are easily available in the market at the right prices.

The five ringgit notes though seemed to be the exception as they are considered a rarity. Oh, how I wish I could lay my hands on them.

I’m taking one set of one ringgit notes of solid numbers from our humble collections  for display here as a merdeka treat.

XC 10000000

XC 9999999

XC 8888888

NV 7777777

VB 6666666

PL 5555555

NJ 4444444

PQ 3333333

PH 2222222

VB 1111111


SAMBUTAN MERDEKA PERINGKAT NEGERI PERAK

Hari ini tanggal 31 Ogos 2009 genap 52 tahun Malaya merdeka.

Tarikh yang kemudiannya diangkat sebagai tarikh Malaysia menyambut kemerdekaan walau pun sebenarnya penubuhan Malaysia termeterai tanggal 16 September 1963.

Seawal jam 7.00 pagi saya sudah bersedia untuk sama-sama merayakan hari bertuah ini. Peluang sebegini untuk bersama orang ramai menyertai perayaan merdeka tidak boleh dilepaskan. Apalah sangat setakat pengorbanan satu pagi jika dibandingkan dengan para pejuang kemerdekaan zaman silam.

Jam 7.20 pagi saya berangkat ke Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Perak di pekarangan Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh. Perjalanan dari rumah ke tempat sambutan hanya mengambil masa 20 minit. 

Tiba di tempat sambutan, telah ramai peserta, tetamu dan orang ramai berhimpun.

Sambutan tahun ini diberitakan hanya sederhana dalam suasana H1N1 masih mengganas dan bagi menghormati Ramadhan Almubarak.  Beg 'door-gift' yang dihadiahkan ketika tiba, pun mengandungi penutup hidung dan kotak korma untuk berbuka puasa nanti.

Tepat jam 8.15 pagi, Tuanku Sultan Perak berangkat tiba untuk merasmikan permulaan sambutan merdeka.

Walaupun sederhana, majlis sambutan tetap diisi dengan berbagai acara.

Ada perbarisan hormat.

Selesai menerima tabik hormat, Tuanku Sultan Perak dipersembahkan dengan beberapa acara sebagai penyeri majlis.

Ada deklamasi sajak.

Ada Persembahan kawat senyap daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut

Ada pertunjukan seni tari berwarna warni daripada Kumpulan Selendang Perak.

Beberapa acara lain juga diselitkan. Jam 9.15 pagi, acara tamat dalam keadaan cuaca mendung pagi tapi sambutan tetap meriah dan bermakna.


Sunday, August 30, 2009

AKTIVITI KELEDANG DI BULAN RAMADHAN

Sudah lapan hari berlalu kita berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ini masuk hari yang kesembilan. Sejauh mana tahap puasa kita diterima Allah s.w.t, bukanlah kita penentunya. Kita hanya mampu terus berusaha semoga puasa kita tahun ini lebih lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Seperti biasa setiap tahun, Kelab Keledang menganjurkan beberapa siri morei di surau dan masjid termasuk membuat sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim dan orang miskin.

Acara kebajikan bulan Ramadhan juga termasuk siri morei mingguan di rumah ahli-ahli silih berganti. Malam tadi acara morei mingguan bermula dengan Sdr Khairul, selaku Presiden, menjadi hos pertama. Beliau memilih rumah abangnya, Sdr Hj Latiff Dato’ Masud, sebagai tempat mengadakan morei untuk ahli-ahli dan keluarga serta rakan-rakan.

Majlis bermula jam 6.45 petang dengan tahlil untuk bekas ahli-ahli Keledang yang telah meninggal dunia. Jasa mereka tak pernah kami lupakan. Menyusul adalah majlis doa selamat untuk anak cucu ahli-ahli Keledang yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.


Selepas berbuka dan bersolat Maghrib secara berjemaah serta makan, mesyuarat mingguan bermula.

Sdr Presiden menyenaraikan beberapa program kelab akan dilaksanakan sepanjang Ramadhan tahun ini seperti:
1.0 Sumbangan tunai kepada tujuh rumah kebajikan iaitu:

1.1 Rumah Anak-anak yatim dan Warga Miskin An-Nur Maisarah, Chemor

1.2 Rumah Anak-anak yatim dan warga miskin, Parit

1.3 Rumah Anak-anak yatim Nurul Insan, Tambun

1.4 Rumah Anak-anak yatim Budi Mulia Nurul Huda, Tanah Hitam, Ipoh

1.5 Pusat Jagaan Anak-anak yatim dan orang miskin Nurul Iman, Manjoi

1.6 Asrama Anak-anak yatim Dar-Us-Salam, Tambun

1.7 Yayasan Kebajikan Anak-anak yatim dan orang Miskin Ar-Ridwani, Ipoh

2.0 Morei sepanjang bulan Ramadhan di surau Kampung Orang Asli, Suak Padi, Parit

3.0 Lawatan susulan ke perkampungan Orang Asli, Kampong Makmur, Tanjung Rambutan bersama Dr Dilshaad, CEO Hospital Pantai Puteri Ipoh pada 1hb September 2009 mengenai cadangan bantuan perkhidmatan rawatan dan perubatan.

4.0 Sambungan program mencuci, membersih dan menebang pokok-pokok besar di tanah perkuburan Gurap serta cadangan membina semula sebahagian pagar kawasan perkuburan.

5.0 Kutipan baju terpakai dan baju-baju baru untuk agihan kepada fakir miskin

6.0 Program Mencuci dan membersih tanah perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh 

7.0 Sumbangan duit raya dan pakaian raya kepada anak-anak Orang Asli di perkampungan Orang Asli yang akan ditentukan nanti.

Selesai mesyuarat, acara solat Isyak dan Terawih berjemaah diteruskan. Jamuan ringan disediakan selepas solat.

Sesungguhnya acara morei sebegini mengerat dan mengukuhkan ukhwah antara ahli-ahli dan keluarga Keledang.

Semoga aktiviti-aktiviti Kelab Keledang yang sekelumit ini mampu memberi sedikit manfaat kepada masyarakat.

Wednesday, August 26, 2009

SNIPPETS

Saya dapat dua berita baik hari ini. Di awal Ramadhan anugerah Allah subhanahuwata’ala  mula terserlah.

1.0   Alhamdulillah, Najwa  beransur pulih. Semasa saya melawatnya di wad ICU jam 12.30 tengahari tadi diiringi  ayahnya Sdr Rizal, Najwa sudah boleh makan nasi dengan soup dan mula mahu bercakap. Kata Sdr Rizal, doktor memberitahu, jika keadaan Najwa bertambah baik, nanti bolehlah dipindahkan ke wad biasa. Rizal nampak lebih tenang.

 Terima kasih kepada para doktor dan jururawat dan semua ahli pasukan perubatan di Hospital Specialist Ipoh atas dedikasi mereka merawat pesakit-pesakit tanpa mengenal penat lelah.

Terima kasih juga kepada semua sahabat yang telah mendoakan agar Adik Najwa segera sembuh.

2.0   Semasa dalam perjalanan ke Hospital, saya menerima maklum daripada Fatin yang kini berada di Kuala Lumpur mengenai satu berita baik. Beliau berjaya dalam satu temuduga dan diberikan tawaran kerja di sebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia.

Syukur, nampaknya masih banyak pekerjaan baik untuk direbut oleh para graduan baru.

Tuesday, August 25, 2009

RM1 GANDAAN 4

Alhamdulillah hari ini masuklah hari keempat kita umat Islam berpuasa di bulan Ramadhan. 

Dipetik satu helaian satu ringgit edisi Zeti Akhtar  daripada album koleksi wang kertas untuk paparan hari ini.

Semoga amalan kita juga berlipat ganda pada Ramadhan kali ini macam angka gandaan ringgit diatas.

POHON DOA SAHABAT-SAHABAT

Saya baru mendapat sms daripada sahabat saya, Sdr Rizal, akauntan di Pejabat Akauntan Negara cawangan Perak, memaklumkan bahawa anak sulungnya , NAJWA QURATUL  AINI, 9 tahun kini di tempatkan di wad ICU, Hospital Specialist Ipoh kerana mengidap demam denggi.

Sama-samalah kita berdoa agar anak  kecil ini segera sembuh dan mendapat kesejahteraan daripada Allah subhanahuwataala.

Berita terkini keadaan Najwa ada sedikit improvement.

Ps: Sekarang ni dah bermacam penyakit melanda Malaysia, sama-sama kita menjaga kesihatan. Anak  kedua saya, Raimi, pun baru di discharge daripada Hospital yang sama dua hari lalu(kes viral infection).

Friday, August 21, 2009

OMEGA HAMMER -TQ ALL

Banyak komen dari pengunjung-pengunjung tetap blog mengenai artikel Omega Hammer tempoh hari. Mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan jam Omega jenis ini di pasaran membuatkan ramai yang bertanya untuk mengetahui lebih lanjut terutamanya umur jam ini.

Terima kasih atas cadangan sdr Ijan (www.jamlama.blogspot.com), havana (myvintagewatch.blogspot.com), sdr Sabli Ilaju (www.koleksikitani.blogspot.com) dan Rudy tentang cara -cara mengetahui umur jam Omega.

Mengikut carta nombor bersiri Omega melalui tahun, jam Omega Hammer yang dipaparkan bernombor siri 13999379, saya kira jam tersebut dikeluarkan pada tahun 1952 atau 1953.

Kalau begitu, jam tersebut kurang lebih sebaya dengan ayah saya. Wow. Masih sihat bergerak dan berfungsi dengan baik bernilai tinggi like my old man...

Sdr Kitani yang mempunyai koleksi Omega yang hebat pula menghantar e-mail bertanyakan tentang jam Omega Hammer sambil menghulurkan bantuan maklumat seperti yang tertera.

Ilmu baru tentang cara-cara mengetahui umur sesebuah jam Omega sememangnya berharga buat pengumpul jam vintage setahun jagung seperti saya.

Terima kasih sekali lagi kepada semua rakan kerana berkongsi Ilmu.
Catatan:muzillmansor

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan al Mubarak

Ada ketika terlanjur kata

Ada masa hati berprasangka

Ada ketika janji tak terkota

Ada masa tindakan  menyakitkan sesama manusia

Ada saat tulisan menimbulkan sebak didada

Maaf di pohon ampun dipinta

Selamat Menyambut Ramadhan Yang mulia

Semoga Ramadhan tahun ini menjadikan kita insan yang lebih sempurna

Wednesday, August 19, 2009

OMEGA HAMMER

Pagi Ahad lalu singgah sekejap di Memory Lane jumpa Mr Ong ambik set koleksi syiling 50 sen Queen Elizabeth yang dipesan melalui telefon dua minggu lalu. Memang tergesa-gesa pagi itu kerana harus ke Kuala Lumpur sebelum jam 12.00 tengahari.

Ambil syiling yang dipesan, selesai bayaran lantas meluncur ke gerai Haizul ambik barang yang dipesan Muzill. Kata Muzill dia nak pakai set pembuka jam, buka jam macam Professor Dunia Jam, Sdr Asmar.

Saya kata kalau guna jam sepuluh ringgit, lingkup pun tak perit.

Sambil lalu depan gerai Sdr Zulhairi, sempat bertukar salam dan bagi tau Sdr Zul, takde budget beli jam vintage hari tu.

Bergegas segera ke gerai Haizul. Ramai peminat jam vintage tengah melepak usyar-usyar koleksi jamnya. Ada yang nampak senyum lebar barangkali dah jumpa jam yang dicari.

Haizul hulur dua tiga keping syiling George VI tapi koleksi George VI dah banyak. Minta maaf sajalah tak dapat beli.

Tapi Haizul ni orang berniaga yang hebat. Bila tak jadi beli syiling,dia huluq barang yang tak boleh tidak, kena jugak sambaq. Sebijik jam Omega Hammer cantik menawan. Cute dan bersinar kilat.


Aiii...comei betui jam ni. Kata Haizul ni jam antik. RARE...Kira payah dapat la tu... Belek punya belek 60% kira jadi walau pun duit tinggai sekepiang dua. Minta dia HOLD satu hari.

Tinggalkan Haizul dengan customers nya, cabut cari beberapa bijik jam mughah nak bagi Muzill peghosah. Dah dapat jam yang dia nak buat korban, patah balik jumpa Haizul bagi tau, ON.

Takkan nak tunggu satu hari, nanti oghang kendong, kita melopong. Duit bayaq hari berikut. Haizul kata OKAY, ambik jam terus angkat kaki.


Tanya kawan-kawan yang reti pasai jam, depa kata Omega Hammer tahun 1950an tapi kata sorang lagi kawan yang ada kedai jam, Omega ni tahun 70an.

Kot ada sahabat-sahabat pakar jam yang terlayar ke blog ni dan terbaca catatan, sudi-sudikanlah beri info tambahan pasal jam ni.

Tuesday, August 18, 2009

NUMBER ONE...

I like this number. To be number one is always the best. You know that you’re on top of the world when you get number one.

Remember when we were in school, you tend to get extra attention from teachers, parent, friends and colleagues when you get first place in class.

 I didn’t get the chance to be number one when in school but I always envied those friends who excelled and the desire to be at similar position always pushed me to work harder and smarter.

I guess in life too, that is what everyone need to strive for. Whether in studies, doing business or even pursuing one’s hobbies, we should strive to be the best, number one.

Oh yes, we need no reminder that at the end of our journey in life, we shall retire permanently to face THE REAL AND THE ONLY NUMBER ONE...

JANGAN BIARKAN OPAH KESEPIAN...

Malam ini adalah malam terakhir Darwani, pembantu Opah menemani Opah. Esok Darwani akan pulang ke kampungnya jauh di Desa Cot Saluet, Kabupaten Bireun,Wilayah Aceh Utara, Indonesia. 

Dua tahun Darwani menemani Opah, mengemas rumah dan kawasan rumah Opah , menjaga makan minum Opah, membasuh pakaian dan memastikan Opah sentiasa  kemas dan rapi.

Opah tidak sekuat dulu sejak terjatuh dalam kamar mandi empat tahun lalu. Opah yang kini berusia 76 tahun tidak segagah ketika zaman mudanya tapi Opah tidak pernah bersungut. Dia tetap menerima hari-hari mendatang seperti biasa.

Opah suka membaca dan membaca. Dia suka tinggal di rumahnya sendiri di kampung.

Ayah berusaha menemukan Opah dengan seorang doktor pakar di hospital Pantai Ipoh, rakan ayah, untuk pembedahan. Malangnya Opah tidak pulih sepenuhnya selepas pembedahan lalu bergantung kepada kerusi roda sejak itu.

Ayah dan Ibu tidak pernah putus asa memastikan Opah mendapat khidmat perubatan terbaik. Setiap dua bulan Ayah akan menjemput Opah dari kampung, tinggal seminggu dua di Ipoh untuk diperiksa kesihatan oleh doktor-doktor pakar dan mendapat ubat yang sesuai. Ayah,walau pun hanya seorang menantu, tetap memberi perhatian kepada Opah seperti ibunya sendiri.

Sejak musibah menimpa, Opah banyak bergantung kepada pembantu dari Indonesia yang digaji Ayah.

Esok Darwani akan pulang ke kampung halamannya untuk meneruskan kehidupan di desa kelahirannya.  Pernah ditanya Ayah, kenapa tidak pujuk saja Darwani untuk tinggal terus menjaga Opah. Kata ayah, Darwani juga punya hak untuk hidup disamping keluarga dan membina keluarga sendiri.

Esok Darwani akan pulang. Kabarnya, belum ada pengganti.

 Kini giliran anak-anak Opah yang lagi berempat untuk mencari pengganti pembantu.

Kata Ayah, setakat ini dia tidak mendapat kabar berita tentang siapa yang akan menjaga Opah.

Ayah dan Ibu pasti resah. Harap ayah tidak mengambil tindakan drastik cari sendiri seorang pembantu sebagai pengganti. Tapi lagi seronok jika Opah sudi tinggal saja di Ipoh.

Entahlah...harap nanti jangan ada yang tersinggung hati jika ayah bertindak sendiri.

Janganlah hendaknya  Ramadhan kali ini Opah dibiar kesepian...

 

Catatan: Muzillmansor

 

 

Sunday, August 16, 2009

ASCENDING AND DESCENDING NUMBERS

RM50 ZETI AKHTAR...UNC

1.       LA 1234567

 2.          RJ 7654321

Friday, August 14, 2009

ANAK BERBUDI KITA BERBAHASA

Demikian halusnya budaya kita   

Adat menerima budi kita berbahasa 

Khas untuk anak tercinta

Jangan dibiar detik berlalu cuma-cuma

Jadilah insan yang berjasa

Hanya sebuah pengukur masa daripada ayahanda

dan pengingat waktu amal, dosa dan pahala

Satu jenama tapi tak serupa

 Specially for you, Muzill, on your 27th birthday...today

DOUBLE M - MONDIA AND MIDO

Both watches Mondia and Mido Commander were secured from Alor Setar at very reasonable prices some time back.

While Mondia look brilliant physically, the Mido looked as if it needs some touch up.

OPERASI PERANGKAP MUSANG

Sejak tiga bulan lalu musang mula merayau-rayau di kawasan rumah. Bermula dengan kawasan rumah lepas tu melarat masuk dalam rumah lumba lari atas siling rumah. Mana boleh tahan kalau racing tengah-tengah malam atas siling. Tak ke sudah, dua minggu lalu buat laporan ke Jabatan Perhilitan Negeri  Perak.

Deme ni respons memang cukup cepat. Pagi buat laporan ,petang dah sampai pasang perangkap guna umpan pisang masak. Letih juga nunggu musang masuk perangkap. Seminggu berlalu, musang tak juga masuk perangkap sedangkan kesan dia berkunjung bersepah-sepah bertabur atas tembok pagar.

Sorang kawan bagi tau, umpan yang lebih efektif ialah buah betik masak. 

Dua hari lalu, beli betik ganti pisang yang dah layu buat umpan.

Malam tadi lebih kurang jam 8.00, operasi berjaya, musang masuk perangkap, menjerit-jerit bila dah kena tangkap.

Pagi ni dah laporkan kepada Jabatan Perhiliran kejayaan operasi dan minta diorang uruskan musang yang masuk perangkap. Nak masukkan ke Zoo ke tau nak lepaskan semula dalam hutan simpan yang berjauhan dari taman perumahan, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan kakitangan jabatan.

Deme yang lebih arif.

Nak salahkan musang masuk taman perumahan ke atau manusia yang musnahkan hutan buat padang golf sampai musang takde lagi tempat berlindung, itu sama-sama fikirlah siapakah sebenarnya petualang!

Masalah teman dan keluarga serta jiran-jiran kini dah selesai. Takde lagi terkejut tengah malam ingatkan hantu polong berpesta atas siling.

Harap-harap musang tu dapat le tempat yang lebih baik.

Terima kasih Jabatan Perhilitan Negeri Perak.

RICHNESS AND FAME IS LIKE A FLOATING CLOUD

Over lunch at the Royal Ipoh Club last Wednesday, while on the subject of the importance of Mandarin in light of China as the new Economic super power, my friend and 'abang', Dato' Sheikh Rahman, a former Perak State Legal Adviser , mentioned a Chinese proverb.

He said it in Mandarin which he translated and explained to Sdr Hj Jaafar Chik and I who were sitting on either side of him. Dato' Sheikh seldom has many words during Wednesday lunch meetings.

What prompted him to talk about Mandarin and China was the logo on the uniform I wore that day. I specifically chose the character pronounced REN meaning 'people' as our family company's logo back in 2006 when I started the company to symbolise our commitment to the community.

     

Muzill who attended the meeting, too, was wearing a similar uniform with the same logo.

Dato' Sheikh who is very proficient in Mandarin and Japanese besides English and Bahasa was trying to emphasise to us the importance of giving back to society while one in is the position to give.

He said," Nothing in life is permanent".

Hence the concept of 'SYUKUR AND SODAQAH' in Islam comes into perspective.

How true...how true. Coming from a very wise man, I totally agree.

Thank you Dato' for the kind reminder for everyone who care to listen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...