Friday, August 21, 2009

OMEGA HAMMER -TQ ALL

Banyak komen dari pengunjung-pengunjung tetap blog mengenai artikel Omega Hammer tempoh hari. Mungkin disebabkan kesukaran mendapatkan jam Omega jenis ini di pasaran membuatkan ramai yang bertanya untuk mengetahui lebih lanjut terutamanya umur jam ini.

Terima kasih atas cadangan sdr Ijan (www.jamlama.blogspot.com), havana (myvintagewatch.blogspot.com), sdr Sabli Ilaju (www.koleksikitani.blogspot.com) dan Rudy tentang cara -cara mengetahui umur jam Omega.

Mengikut carta nombor bersiri Omega melalui tahun, jam Omega Hammer yang dipaparkan bernombor siri 13999379, saya kira jam tersebut dikeluarkan pada tahun 1952 atau 1953.

Kalau begitu, jam tersebut kurang lebih sebaya dengan ayah saya. Wow. Masih sihat bergerak dan berfungsi dengan baik bernilai tinggi like my old man...

Sdr Kitani yang mempunyai koleksi Omega yang hebat pula menghantar e-mail bertanyakan tentang jam Omega Hammer sambil menghulurkan bantuan maklumat seperti yang tertera.

Ilmu baru tentang cara-cara mengetahui umur sesebuah jam Omega sememangnya berharga buat pengumpul jam vintage setahun jagung seperti saya.

Terima kasih sekali lagi kepada semua rakan kerana berkongsi Ilmu.
Catatan:muzillmansor

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...