Saturday, August 1, 2009

KECUT PERUT ...

Tengahari Jumaat, masuk Kuala Lumpur ingat nak solat kat Masjid KLCC lepas hantar adik. Tapi ‘JAM’ teruk terus cabut kat Keramat.

Kalau tau macam tu punya ‘JAM’, baik duduk diam -diam kat Ipoh. Tangguh dulu kerja kat KL sampai minggu depan baru datang.

 Dengar kata ada orang cadang nak buat perhimpunan tanpa permit. Jadi polis buat roadblock siang-siang. Tak kisahlah itu kerja polis.

Hari ni ada hal kat Midvalley, letih, habis masa kat jalanraya. Jalan tutup sana tutup sini, kerja pun sangkut sana sangkut sini.

Tak faham... 

Ambik keputusan, lepas ‘late lunch’ cabut balik Ipoh, tak suka kerja sangkut.

Dalam perjalanan pulang,sampai Sungai Buluh hujan mula turun. Pandu kereta jangan laju bila hujan, itu pesan ayah. Jadi pesan orang tua kena ingat, teman pun slowkan sikit kereta.

Bawak slow ni rasa boring tapi nasib baik ada lagu best kat Ipod, ok gak.

Lepas R& R Tapah, dah nak sampai Gopeng, hujan cukup lebat.

Ada hamba Allah bawa kereta BMW hitam 3 series tahun 2000 dalam hujan pun laju macam FI. Potong kereta teman bukan main laju lagi. Tak semena-mena kereta dia spin,  putar-putar macam gasing depan kereta teman, habis hancour depan belakang kereta langgar railing highway.

Kecut perut sekejap takut kereta dia terhempap kereta teman. Nasib baik dapat ngelak, kalau tak kereta teman pun hancour wo.

Ingat kawan, hujan ke panas ke beringatlah bila memandu. Tak menyusahkan diri sendiri tak jugak menyusahkan orang lain.

Nahas tak pilih jenama kereta, tak pilih jantina dan tak pilih masa.

Sampai rumah jam 7.40 malam, cemas tak habis lagi.

aii,kecut perut... masuk rumah terus ke tandas dulu!

 

P.S: Ayah teman bercuti dah 3-4 hari. Sibuk di kebun, katanya. Disuruhnya teman jadi pemangku Editor Blog.


Catatan:muzillmansor

 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...