Saya dapat dua berita baik hari ini. Di awal Ramadhan anugerah Allah subhanahuwata’ala mula terserlah.
1.0 Alhamdulillah, Najwa beransur pulih. Semasa saya melawatnya di wad ICU jam 12.30 tengahari tadi diiringi ayahnya Sdr Rizal, Najwa sudah boleh makan nasi dengan soup dan mula mahu bercakap. Kata Sdr Rizal, doktor memberitahu, jika keadaan Najwa bertambah baik, nanti bolehlah dipindahkan ke wad biasa. Rizal nampak lebih tenang.
Terima kasih juga kepada semua sahabat yang telah mendoakan agar Adik Najwa segera sembuh.
2.0 Semasa dalam perjalanan ke Hospital, saya menerima maklum daripada Fatin yang kini berada di Kuala Lumpur mengenai satu berita baik. Beliau berjaya dalam satu temuduga dan diberikan tawaran kerja di sebuah syarikat awam yang tersenarai di Bursa Malaysia.
Syukur, nampaknya masih banyak pekerjaan baik untuk direbut oleh para graduan baru.
3 comments:
Alhamdulillah.... Syukur.....
alhamdullilah & tahniah to fatin..
ALHAMDULILLAH DAN TAHNIAH FATIN... NIKMAT DAN BAROKHAH BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK
Post a Comment