Sunday, August 30, 2009

AKTIVITI KELEDANG DI BULAN RAMADHAN

Sudah lapan hari berlalu kita berpuasa di bulan Ramadhan. Hari ini masuk hari yang kesembilan. Sejauh mana tahap puasa kita diterima Allah s.w.t, bukanlah kita penentunya. Kita hanya mampu terus berusaha semoga puasa kita tahun ini lebih lebih baik dari tahun-tahun lalu.

Seperti biasa setiap tahun, Kelab Keledang menganjurkan beberapa siri morei di surau dan masjid termasuk membuat sumbangan kepada rumah-rumah anak yatim dan orang miskin.

Acara kebajikan bulan Ramadhan juga termasuk siri morei mingguan di rumah ahli-ahli silih berganti. Malam tadi acara morei mingguan bermula dengan Sdr Khairul, selaku Presiden, menjadi hos pertama. Beliau memilih rumah abangnya, Sdr Hj Latiff Dato’ Masud, sebagai tempat mengadakan morei untuk ahli-ahli dan keluarga serta rakan-rakan.

Majlis bermula jam 6.45 petang dengan tahlil untuk bekas ahli-ahli Keledang yang telah meninggal dunia. Jasa mereka tak pernah kami lupakan. Menyusul adalah majlis doa selamat untuk anak cucu ahli-ahli Keledang yang akan mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.


Selepas berbuka dan bersolat Maghrib secara berjemaah serta makan, mesyuarat mingguan bermula.

Sdr Presiden menyenaraikan beberapa program kelab akan dilaksanakan sepanjang Ramadhan tahun ini seperti:
1.0 Sumbangan tunai kepada tujuh rumah kebajikan iaitu:

1.1 Rumah Anak-anak yatim dan Warga Miskin An-Nur Maisarah, Chemor

1.2 Rumah Anak-anak yatim dan warga miskin, Parit

1.3 Rumah Anak-anak yatim Nurul Insan, Tambun

1.4 Rumah Anak-anak yatim Budi Mulia Nurul Huda, Tanah Hitam, Ipoh

1.5 Pusat Jagaan Anak-anak yatim dan orang miskin Nurul Iman, Manjoi

1.6 Asrama Anak-anak yatim Dar-Us-Salam, Tambun

1.7 Yayasan Kebajikan Anak-anak yatim dan orang Miskin Ar-Ridwani, Ipoh

2.0 Morei sepanjang bulan Ramadhan di surau Kampung Orang Asli, Suak Padi, Parit

3.0 Lawatan susulan ke perkampungan Orang Asli, Kampong Makmur, Tanjung Rambutan bersama Dr Dilshaad, CEO Hospital Pantai Puteri Ipoh pada 1hb September 2009 mengenai cadangan bantuan perkhidmatan rawatan dan perubatan.

4.0 Sambungan program mencuci, membersih dan menebang pokok-pokok besar di tanah perkuburan Gurap serta cadangan membina semula sebahagian pagar kawasan perkuburan.

5.0 Kutipan baju terpakai dan baju-baju baru untuk agihan kepada fakir miskin

6.0 Program Mencuci dan membersih tanah perkuburan Jalan Bendahara, Ipoh 

7.0 Sumbangan duit raya dan pakaian raya kepada anak-anak Orang Asli di perkampungan Orang Asli yang akan ditentukan nanti.

Selesai mesyuarat, acara solat Isyak dan Terawih berjemaah diteruskan. Jamuan ringan disediakan selepas solat.

Sesungguhnya acara morei sebegini mengerat dan mengukuhkan ukhwah antara ahli-ahli dan keluarga Keledang.

Semoga aktiviti-aktiviti Kelab Keledang yang sekelumit ini mampu memberi sedikit manfaat kepada masyarakat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...