Tarikh yang kemudiannya diangkat sebagai tarikh Malaysia menyambut kemerdekaan walau pun sebenarnya penubuhan Malaysia termeterai tanggal 16 September 1963.
Seawal jam 7.00 pagi saya sudah bersedia untuk sama-sama merayakan hari bertuah ini. Peluang sebegini untuk bersama orang ramai menyertai perayaan merdeka tidak boleh dilepaskan. Apalah sangat setakat pengorbanan satu pagi jika dibandingkan dengan para pejuang kemerdekaan zaman silam.
Jam 7.20 pagi saya berangkat ke Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat negeri Perak di pekarangan Bangunan Darul Ridzuan, Ipoh. Perjalanan dari rumah ke tempat sambutan hanya mengambil masa 20 minit.
Tiba di tempat sambutan, telah ramai peserta, tetamu dan orang ramai berhimpun.
Sambutan tahun ini diberitakan hanya sederhana dalam suasana H1N1 masih mengganas dan bagi menghormati Ramadhan Almubarak. Beg 'door-gift' yang dihadiahkan ketika tiba, pun mengandungi penutup hidung dan kotak korma untuk berbuka puasa nanti.
Tepat jam 8.15 pagi, Tuanku Sultan Perak berangkat tiba untuk merasmikan permulaan sambutan merdeka.
Walaupun sederhana, majlis sambutan tetap diisi dengan berbagai acara.
Ada perbarisan hormat.
Selesai menerima tabik hormat, Tuanku Sultan Perak dipersembahkan dengan beberapa acara sebagai penyeri majlis.
Ada deklamasi sajak.
Ada Persembahan kawat senyap daripada Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut
Ada pertunjukan seni tari berwarna warni daripada Kumpulan Selendang Perak.
Beberapa acara lain juga diselitkan. Jam 9.15 pagi, acara tamat dalam keadaan cuaca mendung pagi tapi sambutan tetap meriah dan bermakna.
3 comments:
Sambutan hari merdeka peringkat negeri perak sederhana tapi nampak meriah kalau dilihat daripada blog Dato' . Saya tak pernah pergi tengok sambutan hari merdeka sepanjang hidup saya ni. Mungkin lepas ni ingat nak pergi tengok, kalau meriah macam ni.
ada persembahan apa lagi ye?
Sdr Amirul,
Jika berkelapangan, eloklah tu kalau nak jengok sambutan tahun depan.Merdeka!
Sdr Anon,
Ade juge bacaan ikrar tapi saya tak anggap ianya satu persembahan tapi satu lafaz tahunan.
Post a Comment