Ambil syiling yang dipesan, selesai bayaran lantas meluncur ke gerai Haizul ambik barang yang dipesan Muzill. Kata Muzill dia nak pakai set pembuka jam, buka jam macam Professor Dunia Jam, Sdr Asmar.
Saya kata kalau guna jam sepuluh ringgit, lingkup pun tak perit.
Sambil lalu depan gerai Sdr Zulhairi, sempat bertukar salam dan bagi tau Sdr Zul, takde budget beli jam vintage hari tu.
Bergegas segera ke gerai Haizul. Ramai peminat jam vintage tengah melepak usyar-usyar koleksi jamnya. Ada yang nampak senyum lebar barangkali dah jumpa jam yang dicari.
Haizul hulur dua tiga keping syiling George VI tapi koleksi George VI dah banyak. Minta maaf sajalah tak dapat beli.
Tapi Haizul ni orang berniaga yang hebat. Bila tak jadi beli syiling,dia huluq barang yang tak boleh tidak, kena jugak sambaq. Sebijik jam Omega Hammer cantik menawan. Cute dan bersinar kilat.
Aiii...comei betui jam ni. Kata Haizul ni jam antik. RARE...Kira payah dapat la tu... Belek punya belek 60% kira jadi walau pun duit tinggai sekepiang dua. Minta dia HOLD satu hari.
Tinggalkan Haizul dengan customers nya, cabut cari beberapa bijik jam mughah nak bagi Muzill peghosah. Dah dapat jam yang dia nak buat korban, patah balik jumpa Haizul bagi tau, ON.
Takkan nak tunggu satu hari, nanti oghang kendong, kita melopong. Duit bayaq hari berikut. Haizul kata OKAY, ambik jam terus angkat kaki.
Tanya kawan-kawan yang reti pasai jam, depa kata Omega Hammer tahun 1950an tapi kata sorang lagi kawan yang ada kedai jam, Omega ni tahun 70an.
Kot ada sahabat-sahabat pakar jam yang terlayar ke blog ni dan terbaca catatan, sudi-sudikanlah beri info tambahan pasal jam ni.
8 comments:
Salam En Limau Tambun,
More info on Omega Hammer/Bumper Movement
http://www.watchtalkforums.info/forums/showthread.php?p=154316
Rudy
Enjoyed reading your blog.
Mr. Rudy,
Thanks mate!
Saya pun nak cari beberapa ketul jam mughah nak jadikan eksperimen. Kalau dapat, nak try buka & psang balik. Enjin keta/moto dah pernah buka. Nak try enjin jam plak. Ekekeke...
jam omega mmg ada nombor siri nya pada movement,cuba ambik nombor tu & rujuk jadual di http://www.chronomaddox.com/omega_serial_numbers.html
salam Tuan,
kalau nak lebih tepat.. sila tanya tmpt ni.. tapi kena isi info jam tu dulu laa.. yer.. selamat mencuba.
http://www.omegawatches.com/index.php?id=86
kalau dah dapat info yg tepat, jgn lupa share ngan kita org k..
t/kasih
Sdr Ijan,
Thanks a million. Will do just that...
Sdr Havana,
Terima kasih.Ni untung banyak sahabat. Boleh kongsi ilmu dan maklumat. Insyaallah bila dapat info, kawan buat posting.
Salam
Sdr Duniajam,
Nak londeh enjin kete ka, moto ka, jam ka...takpa aihh...asai jangan oghang punya sudah la...
Janji boleh pasang elok-elok balik dan ceghita mai sikit lepaih tu...Kita pun nak dengaq jugak...
Selamat bereksperimen dan Selamat sempurnakan misi!
Post a Comment