Friday, August 14, 2009

OPERASI PERANGKAP MUSANG

Sejak tiga bulan lalu musang mula merayau-rayau di kawasan rumah. Bermula dengan kawasan rumah lepas tu melarat masuk dalam rumah lumba lari atas siling rumah. Mana boleh tahan kalau racing tengah-tengah malam atas siling. Tak ke sudah, dua minggu lalu buat laporan ke Jabatan Perhilitan Negeri  Perak.

Deme ni respons memang cukup cepat. Pagi buat laporan ,petang dah sampai pasang perangkap guna umpan pisang masak. Letih juga nunggu musang masuk perangkap. Seminggu berlalu, musang tak juga masuk perangkap sedangkan kesan dia berkunjung bersepah-sepah bertabur atas tembok pagar.

Sorang kawan bagi tau, umpan yang lebih efektif ialah buah betik masak. 

Dua hari lalu, beli betik ganti pisang yang dah layu buat umpan.

Malam tadi lebih kurang jam 8.00, operasi berjaya, musang masuk perangkap, menjerit-jerit bila dah kena tangkap.

Pagi ni dah laporkan kepada Jabatan Perhiliran kejayaan operasi dan minta diorang uruskan musang yang masuk perangkap. Nak masukkan ke Zoo ke tau nak lepaskan semula dalam hutan simpan yang berjauhan dari taman perumahan, itu terpulanglah kepada kebijaksanaan kakitangan jabatan.

Deme yang lebih arif.

Nak salahkan musang masuk taman perumahan ke atau manusia yang musnahkan hutan buat padang golf sampai musang takde lagi tempat berlindung, itu sama-sama fikirlah siapakah sebenarnya petualang!

Masalah teman dan keluarga serta jiran-jiran kini dah selesai. Takde lagi terkejut tengah malam ingatkan hantu polong berpesta atas siling.

Harap-harap musang tu dapat le tempat yang lebih baik.

Terima kasih Jabatan Perhilitan Negeri Perak.

5 comments:

Irhomdeys Vintage Watches said...

Syukur, selamat musang untuk kembali ke habitatnya. Musang tak berakal macam manusia! musang tak makan manusia tapi ada manusia yang makan musang! Kalau habitanya semakin musnah nanti cicit-cicit kita dapat tengok gambar musang aje sebab musang dah pupus, semoga ianya tidak berlaku, amin!

warikh said...

Waah.. Musang pandan ke ni? Nak salahkan musang tak boleh juga. Kan lebih selesa dok atas siling dari atas pokok.. warm sikit!

duniajam said...

Kat umah saya ada musang dok atas siling. Selalu gak main aci ligan kat atas tu...bruuuummmmm sana, brooooommmmm sini. Adoi. Depa suka la pasal keliling umah pokok buah. Hmmm...

Limau tambun said...

Betui tu Tuan Syed..musang tak makan orang tapi kalau manusia spesi makan musang dapat tau, musang yang tertangkap sudah jadi lauk.
Tu lah kalau-kalau manusia yang berakai ni tak pakai akai.Tebang hutan tarah bukit jadi apa tinggai pada musang...pindah ke alamat baru la...tu yang ataih rumah Sdr asmar(D.J) pun ragaih.

Warikh, Perhilitan kata yang ni musang pulut tapi pasai dia suka duduk dalam hutan pandan, boleh juga panggil musang pandan kot.

duniajam said...

Agaknya tu la sebabnya. Dah rumah dia org kacau, dia cari rumah baru la. Biaq pi la kat dia. Mana tau kot2 jinak boleh bela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...