Friday, September 11, 2009

MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN UNTUK MASYARAKAT ORANG ASLI

Bertempat di kediaman Sdr Haji Abu Bakar Ismail, di Kampung Manjoi, Ipoh majlis penyerahan bantuan peralatan sistem siaraya, genset dan naskah-naskah Muqaddam serta al-Quran telah berlangsung selepas berbuka puasa dan solat maghrib.

Ustaz Muid yang mewakili masyarakat Orang Asli menerima sumbangan tersebut daripada Presiden Kelab Bakti Gunung Keledang, Sdr Ir Khairul Anwar Dato' Mas'ud. 

Pihak kelab dalam mesyuarat malam ini juga bersetuju memberi bantuan sumbangan tambahan buku-buku bacaan mudah mengenai Fardhu 'Ain sebagai bahan bacaan anak-anak Orang Asli sambil menambah bahan-bahan bacaan dan peralatan  di surau Kampung Suak Padi.

Kelab juga bersetuju menyediakan peruntukan untuk membaiki surau di Kampung Suak Padi dan meninjau keperluan sebuah lagi surau di perkampungan Orang Asli Sungai Perah.

Ustaz Muid juga telah menyerahkan senarai keperluan bantuan tambahan seperti buku-buku panduan mengambil wudhu' dan panduan solat, tafsir AlQuran dan Hadith, telekong, rehal,  almari dan keperluan lain untuk tujuan penyebaran dan pemantapan ilmu agama Islam di kalangan masyarakat Orang Asli.

Sekalung kasih kepada Bro Bakar dan Kak Tim serta keluarga kerana sudi jadi hos.

P/s  Makluman-

Cebisan berita mengenai kegiatan dan aktiviti Kelab Keledang dimuatkan dalam blog ini sebagai saluran maklumat kepada ahli-ahli kelab yang tidak berkesempatan hadir dalam mesyuarat mingguan kerana mungkin berada di luar Ipoh, di luar Perak atau di luar Malaysia.

Sejak laman web Kelab dihentikan siaran, blog Limautambun adalah antara saluran maklumat yang ahli-ahli kelab boleh ikuti berita aktiviti-aktiviti kelab. 

Berita lengkap kegiatan kelab boleh terus diperolehi dalam naskah hard copy 'Berita Keledang' yang diedarkan kepada ahli-ahli yang hadir di mesyuarat kelab hari Rabu setiap minggu.


2 comments:

chichi said...

Congratulations and thank you for a very pleasant blog. I am mainly following your items regarding Kledang, tapi gambar2 Jam tu shiok juga tengok. Keep it up!

Chi Chi

Limau tambun said...

Hi Chichi,

Thanks for dropping by. Just peeped at your blog and love to see those golfing photos of you and the gang.

See you at the next Keledang's function.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...