Saturday, December 5, 2009

228.JAM TANGAN TITUS NI WAN PUNYA... (MY GRANDPA’S TITUS WRIST WATCH)

Balik Alor Setar tiga minggu lalu, ziarah Tok dan Wan. Ingat nak hadiah sebuah jam untuk Wan. Ayah kata, masa Wan muda dulu, dia suka jam Titus. Jadi belilah sebuah jam Titus hitam daripada Bro Haizul sebelum balik. Nampak antik gak tapi tak tau berapa usia.

Masa nak bertolak, carilah jam Titus hitam yang dah beli. Cari punya cari tapi tak jumpa jugak. Tak ingat mana pulak simpan. Takpe lah, mungkin lain kali boleh bagi.

Sampai rumah Wan waktu tengahari, elok-elok time waktu makan. Apa lagi, tibai dulu bila nampak gulai telor dan keli goreng siap terhidang.

Lepas solat, telinga pulak rasa gatai, minta cotton bud kat Tok. Tok kata ambik dalam laci bilik Wan. Dapat izin Tok, terus masuk bilik Wan. Tak pulak jumpa cotton bud dalam laci tapi ada jam tangan berhabuk lapuk di celah-celah beranika barang. Tengok jam ok gak, cuma cermin calar banyak. Ambik jam terus tanya Wan.

Wan ambik jam pasang di lengan, belek-belek. “Oh, jam Titus ni Wan beli di Mekah masa pi haji dulu. Lama sangat dah. Beli jam tu pun dulu sebab selalu sangat dok tanya kawan pukul berapa. Rasa malu pulak selalu sangat tanya kawan, jadi beli lah jam sebijik“ kata Wan mengimbau kembali cerita lama. Saya pegang lengan Wan yang masih kemas dan lihat jam sekali lagi...

Sambung Wan “Jam ni dah rosak. Muzill bawalah pi repair.”

“Ok” jawab ku ringkas sambil menanggalkan jam dari lengan Wan.

“Lambat sangat nak bawak pergi kedai, cuit-cuit lah dulu, mana tau” bisik hati ku.

Ambik air panas segelas, terus rendam metal bracelet sambil Wan memerhati. Goncang bracelet perlahan-lahan, apa lagi habuk–habuk dan daki mula keluar berkelodak dalam air. Tarik bracelet keluar dan lap kering. Masuk balik bracelet dan goncang lagi. Ulang dua tiga kali. Serlah balik bracelet nampak berseri. Usik dan putar-putar crown sikit, jarum saat mula bergerak.

“Ini jam kunci ni.” kata ku pada Wan. Lancar je bergerak. Seronok giler. Tunjuk kat Wan yang jam dah bersih dan jalan elok. Bagi Wan try sekali. Wan tersenyum. Mana tidak, jam dah tidor ntah berapa lama... Wuhu!

Terus Wan kata” Dah Muzill pomen elok, ambik kat hang lah, Wan dah tak pakai jam tangan la ni”.

Balik Ipoh tukar cermin dan servis sikit, tengoklah keadaan sekarang....

Tapi takkan nak ambik jam free saja kot, hulur-hulur juga apa yang patut pada Tok dan Wan, baru steady...

Sekali lagi terima kasih Wan, terima kasih Tok.

Luv U both... Always!

Catatan:muzill.mansor

4 comments:

duniajam said...

Wah! Best gila dapat jam dari Tok. Saya takda peluang dapat jam2 camtu. Dulu abah pakai banyak gak jenama Swiss. Tapi dia jual dah semua dulu.

Muzill said...

Tok Wan memang sporting...

Barang- barang lama dia seperti Jam, duit, pedang dan barang-barang lain semua dah agihkan pada cucu-cucu ikut minat masing-masing.

Stargazer Shah said...

Assalamu'alaikom,

I've been looking for someone who has the same watch. I bought the same model from a guy recently. I must say, it's bloody nice.

Add me at curlrace@yahoo.com on Facebook if you wanna see how it looks like.

From the info I got, the Titus was made in late '70s. It's manual winding, yup.

So, are you a collector too?

Regards,
Badlishah

Lily hani said...

waaaaaaaaaa baru ilang jam dua dua titus :( ...oh my beloved watches ,my hard earned money...uuuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...