Kata Tun, rakyat terutama orang-orang Melayu kena berani tegur pemimpin supaya pemimpin sentiasa ingat rakyat dan buat kerja yang betul. Tambahnya lagi, Orang-orang Melayu hari ini dah jadi penakut, takut sangat menegur pemimpin walau pun ada ketika pemimpin agak alpa dalam membela rakyat. Sebab itu orang Melayu kena cari ruang melalui NGO kerana saluran politik ada ketika tersangkut dan tersumbat.
Ada wakil rakyat yang berjanji seribu macam tapi bila dah jadi menteri nak selesai masaalah gerai kampong pun ambik masa berkurun.
Saya berpendapat semua kalangan rakyat perlu menyertai NGO atau organisasi bukan kerajaan/ badan sukarela untuk bersuara memberi pandangan bernas agar pemimpin lebih peka kehendak dan keperluan rakyat. Biar pemimpin buka telinga dan celik mata sentiasa sensitif atas masaalah dan keperitan rakyat.
Akhbar hari ini melaporkan Tan Sri Sanusi Junid juga menasihatkan supaya orang-orang Melayu menggunakan saluran NGO untuk menengahkan masaalah rakyat kepada pemimpin melalui NGO.
Tan Sri Sanusi juga pernah dijemput Kelab Keledang selepas pertemuan kami dengan Tun Mahathir untuk memberi ceramah kepada ahli-ahli kelab tentang pengalaman beliau dalam politik dan perjuangan beliau untuk menaikkan taraf hidup rakyat.
Saya masih ingat idea bernasnya memasarkan kelapa muda semasa beliau menjadi Menteri Pertanian dulu. Kalau dulu kelapa tua bersepah bawah pokok tapi hari ini harga kelapa muda mencecahkan RM3.00 sebiji. Penanam dan penjual kelapa daripada semua bangsa dapat nikmat. Begitulah berjayanya idea yang beliau lontar dan laksanakan. Mudah tapi amat berkesan.
Bagi saya, kedua-dua pemimpin besar ini adalah pejuang bangsa tulen sentiasa mencari jalan untuk mengutamakan rakyat walau pun kini sudah tiada apa-apa kepentingan dan keperluan.
No comments:
Post a Comment