Wednesday, August 12, 2009

SATU HADIAH UNTUK AYAH

Ayah memang tak pernah beli jam jenama ni. Tak tau kenapa dia tak beli.Tak pernah tanya pun sama ada dia tak minat atau tak suka. Mungkin tak mampu kot. 

Tapi jenama jam-jam lain dia main belasah saja beli kalau dia suka. Jam Swiss dia cukup minat.

Kata ayah, Tok Wan masa muda-muda dulu suka pakai jam Titus. Barangkali itu sebab ayah suka jam Swiss.

Kalau nak beli jam, kadang-kadang ayah beli saja jam, nampak macam tak plan pun. 

Kalau masuk shopping complex dia memang suka singgah kat kedai jam. Tak kiralah kat mana shopping complex, dia mesti singgah walau pun sekejap.

”Saja tengok-tengok, jamu mata” katanya. Tapi dalam tengok-tengok jamu mata dia beli gak. Ikut mood dia waktu tu lah, kalau dia suka dia beli satu, kalau dia terlalu suka dia tibai tiga empat bijik. Kalau dia tak suka, dia belah macam tu saja.

Ialah...kalau ayah nak lavish sikit pun, rasa-rasanya takat beli jam, beli duit lama dan beli kasut je kot...

Kalau jam selalunya counter Longines dan Raymond Weil yang dia tuju.

Kali ni, saja nak bagi kat dia jenama ni. Kalau dia tak suka pun ,ok gak. Kira boleh pajak balik kat teman le.

Here it is ...

                                                                             

One simple vintage watch...Specially for you with a BIG THANK YOU

P.s Hadiah untuk ibu ada gak....lain kali cerite.


Catatan: muzill

2 comments:

JACK' TREASURE CHEST said...

Beautiful watch, model 16013 sought after by many collector. Tahniah Muzill kerana menjadi anak yang prihatin and sensitive. Yang penting adalah INGATAN kepada ibubapa itu yang pertama, nilai pemberian adalah yang kedua! Apa hadiah buat Ibu?

Zulekhzan B. Fauzi Saadi said...

rolex gak kot....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...