Wednesday, August 5, 2009

SELAMAT ULANGTAHUN PERKAHWINAN

Hari ini genap 28 tahun perkahwinan ayah dan ibu. Tiada apa-apa majlis akan diadakan. Memadailah makan malam sekeluarga di rumah kerana ibu dan ayah pun sibuk dengan urusan harian.

Sememangnya ayah dan ibu jarang sekali raikan peristiwa sebegini. Baik birthday maupun wedding anniversary.

Ayah selalu ingatkan kami, yang perlu kita ingat pada tiap ulang tahun kelahiran ialah apakah sepanjang tahun yang berlalu, kita telah tunaikan tanggungjawab pada tuhan, rasul, agama , diri sendiri dan masyarakat.

 Kata ayah, cuba kamu buat Penyata  Untung Rugi sepanjang tahun berlalu. Apakah ada  untung atau rugi?

Ayah bilang penyata untungrugi dirinya tak pernah tunjuk untung bersih. Itu belum lagi dikira cukai pendapatan atau zakat fitrah dan imfak. Sebab itu ayah selalu bersedih bila tiba ulang tahun kelahirannya. 

Masa kecil-kecil dulu ada le gak birthday cake dan tiup lilin masa birthday kami. Tapi bila dah masing-masing mula faham erti satu kehidupan, cake dan tiup lilin dah takde lagi. Kami tak pernah tanya tapi bila ayah explain baru kami faham.

Sama jugak dengan wedding anniversary, dia cukup takut bila tiba harinya. Dia takut dia gagal bagi yang terbaik untuk isteri, anak-anak dan sanak saudara. Jadi kami pun jarang berani celebrate.

Tapi takat dinner dia selalunya ok je.

Untuk ayah dan ibu,  dari abang, angah, kakak dan adik, this one is for both of you...

HAPPY 28th WEDDING ANNIVERSARY.

 

P.S : Server down. Baru kejap tadi boleh masuk internet.

Catatan:  Muzill

3 comments:

Anonymous said...

seronok ada ibu-bapa yang selalu beri tunjuk ajar dalam kehidupan ini. tu sebab nya kalau iq bagus tak tentu berjaya dalam hidup walau duit banyak, eq pun mahu tinggi juga... orang jepun ada cadangkan sq satu lagi untuk perkasa diri. teman ayah tak ada bila teman tingkatan 1, lepas tu masuk asrama kemudian universiti... jadi hidup banyak dengan kekawan...

JACK' TREASURE CHEST said...

Insafnye diri ini dengan nukilan Muzill. Aku tak pernah sambut birthday, tiba-tiba pada tahun 2001 anak-anak pakat sambut birthday aku dan itulah kali pertama dan terakhirnya aku menyambut birthday selepas anak-anak meninggalkan... aku, 2 minggu lepas mereka mengucapkan 'happy birthday' kepada ku!

Happy Anniversary Dato'

Tok dari Hamid College, saya dari Jenan, sekolah kami ni selalu gaduh bila main rugby... ingat lagi 1972 dekat padang di Tok Jalai

Limau tambun said...

Tuan Syed,

Assalamualaikum.

Terima kasih atas ucap selamat.

Tahun 1969 saya tingkatan lima di kolej.

Tahun 1972 tengah mamai belajar accountancy di ITM Shah Alam.Pulun jugak bagi lulus sebab pesan ayah 'Ilmu penentu hidup'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...