Tapi yang paling terkejut jumpa balik beberapa jam lama yang dah tak pakai. Ada yang rosak, ada yang kaput bateri dan ada yang dah luput hayat fesyennya.
Kumpul balik semua jam tersebut dan angkut bagi kat Uncle Ah Lek, dukun jam ayah. Minta uncle tengok kalau boleh repair. Mana tau kot-kot jam-jam tu boleh hidup balik. Kalau dah baiki, tak pakai pun, kurang-kurang boleh gak belek teringat kisah zaman sekolah dulu.
Jam Esprit ni ayah bagi masa dia balik dari Jerman. Dia kata ni jam bagus. Dah dia bagi, saya pakai aje lah. Lagi pun Free.
Rasanya masa tu jam brand Esprit ni tak masuk lagi Malaysia. Jadi bila pakai dekat sekolah, habis kawan satu kelas kerumun tengok jam sebab tak pernah dengar brand ni.
Sewaktu ayah balik dari Australia, dia hadiahkan saya sebuah lagi jam tapi jenama Citizen. Masa tu saya ingat Citizen buatan Australia. Suka yang amat sangat. Tambah pulak tag pun masih ada. Kemudian baru tau Citizen tu jam Jepun rupanya. Ini mesti kes tangkap muat kat Airport.
Sebijik lagi jam yang dia bagi adalah Casio. Yang ni baru sikit lah. Barangkali 9 tahun dulu kot semasa nak masuk Kolej.
Ketiga-tiga jam siap dibaiki uncle.
Nak kena selongkar lagi ni. Rasa-rasa ada lagi yang sesat.
Terkenang banyak memori bila belek jam-jam silam ni.
1 comment:
Dulu saya ada beberapa gak jam-jam pemberian ayah. Ntah dimana sekarang. Cari tak jumpa dah. Sayang betul pasal memang jaga betul dulu jam-jam tu.
Kenangan paling manis, bila mak beli jam bukan kerana jam hilang, hadiah atau apa. Beli sebab dia tahu saya suka jam (zaman sekolah dulu). Betapa nikmatnya rasa masa tu... Tapi sayang... jam tu dah hilang... Jam berjenama Adec, kaler hitam, lady size (pasal tangan kecik), ada luminous marker kat jarum & dail. Yang paling best, lume jarum akan semakin terang, bukannya malap. Pelik, tapi benar. Sampai sekarang cari jenama tu dah takda di mana-mana kedai. Sedih betul bila ingat balik
Post a Comment