Friday, July 17, 2009

BESAR, MENARIK BUKAN ANTIK...

Ternampak jam ini disebuah kedai di Bandaraya Ipoh.

Sekali pandang, wow, besarnya jam dinding ni. Diameter berukuran 79 cm dengan ketebalan 8 cm dan berat 8 kg.

Mula-mula nampak sebab 'noticeable' dan 'imposing'. Dua kali pandang macam nak jadi. Bila dah berkali-kali panjang, apa lagi, berkenan dihati dan terus beli.

Kata kawan-kawan, jam macam ni sesuai letak kat dinding kedai kopi. Takkan kerana jam nak buka kedai kopi pulak.

Tengoklah mana satu dinding kat rumah atau kat pejabat yang akan jadi mangsa.

Buatan Jepun berbadan kayu padu, jalannya baik tapi itu saja fungsinya. Lain jangan tanya kerana hapah pun tak ada. Nak muzik ke, bunyi big ben ke, atau ketuk gong ke, memang dia tak layan pun.

Tapi tetap menawan kerana tampak rengkas, anggun bergaya.

Senyum tuan kedai bila jam bertukar tangan kerana lega barangkali poketnya berisi manakala dinding kedainya boleh diseri lagi dengan jam terkini.

Mungkin besar dan bukan antik tapi simple, putih bersih tetap menarik.

-Article dan jam :Muzill punye

4 comments:

Geng Borak said...

wow!! besornyer...
hehehe

havana said...

besarrnyerr..
bak kata pepatah.. 'org buta pun boleh nampak' ..hehehe
jelas, nyata & menarik

p/s : pernah jumpa tak jam dinding/gantung yg mcm dkt railway station tu?

warikh said...

Jam macam ni dulu aku pernah nampak kat R&R Dengkil hala Shah Alam. Tak tau ada lagi ke tak... Jam ni sesuai letak belakang counter receptionist! sesapa datang lambat tu, senang tibai dengan jam tu aje...

duniajam said...

Mak ai... besaq orang jam nih. Mesti berat nak mampuih nih.... Berapa rega nih? Tak pernah tgk lagi la jam dinding besaq camni. FuH!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...