Monday, July 13, 2009

HOBI ATAU OBSESI...

Hari minggu banyak masa melihat-lihat dan menghargai koleksi. 

Alhamdulillah, pemburuan wang lama, nota dan syiling agak berhasil minggu lalu. Lantas, rekod perlu dikemaskini lagi untuk mengenal pasti syiling era mana yang perlu diberi perhatian.

Objektif adalah untuk mengumpul syiling lama sepanjang 100 tahun lalu dari tahun 1909 sehingga 2009. Kalu boleh semua syiling yang pernah dikeluarkan sepanjang seabad lalu di kutip satu demi satu.

Sememangnya bukan satu sasaran dan cabaran yang mudah dicapai memandangkan jika terdapat pun dalam pasaran, tentu pemiliknya mahukan harga mahal untuk  syiling berkondisi baik.

Tapi elok jugak di letak sasaran yang tinggi sikit kalau tak dapat capai semua, dapat sebahagian besar pun tetap kita bersyukur. Tempoh masa mencapai sasaran ialah BEBAS. Senang begitu, tidak ada sebarang tekanan pada diri sendiri.

Hobi kumpul wang lama adalah hobi jangka panjang. Harus digerakkan secara santai agar tahap keseronokan terus terjamin mengikut kemampuan masa dan dana.

Setakat ini, syiling yang terawal dalam koleksi adalah syiling satu ringgit Straits Settlement tahun 1907 zaman King George V. Itulah sebabnya bila dapat tempoh hari, teruja sangat.

Sejak dari tarikh penemuan tersebut, sekeping lagi wang syiling satu ringgit Straits Settlement tahun 1904 berjaya dimiliki.

Ingatkan cukuplah had diletakkan pada tahun 1909, tapi itulah kekadang keinginan tidak dapat dibendung apabila terdapat peluang memiliki syiling-syiling lama yang masih cantik dan menarik. 

Tiga keping syiling ½ sen tahun 1872,1873 dan 1889 era Queen Victoria yang  diperolehi mengubah lagi sasaran koleksi.

Kadang-kadang terfikir jugak apakah hobi kini sudah jadi obsesi...

4 comments:

warikh said...

Melihat kepada gambar-gambar syiling ini, hati bagai dirobek-robek. Sesal yang teramat sangat. Begini, semasa kecil dahulu, sekitar umur 4 hingga 7 tahun dulu, di rumah orang tua saya terdapat sekotak wang syiling ini malah ada yang lebih lama. Ada yang suku sen, setengah sen, satu sen... berbentuk bulat mahupun empat segi. Kesemuanya hanya dibuat mainan kampung seperti ceper, buah tenteng, main kedai-kedai dan batu seremban. Kini semuanya telah hilang! Moralnya di sini betapa pentingnya memupuk kesedaran tentang nilai barangan bersejarah atau antik di kalangan anak-anak. Mengenangkannya saya semakin sasau...

havana said...

bos,

mahal disini kalau diukur dgn RM.. agak2 berapa satu tu boss?

havana said...

salam,

bos, syiling2 ni kalau diukur dgn ringgit malaysia, berapa agaknya nilai seketul tu?

Limau tambun said...

Sdr Warikh,

Stay cool bro. Kecik-kecik manelah tau bende tu ade rege. Saye pun serupe gak. Campak - campak je duit 4 segi tu.
Cukup setuju kite ingatkan anak-anak pentingnye khazanah negara seperti wang lama.

Sdr Havana,

Masa beli tak berapa mahal tapi kalau teringat nak jual nanti, kenalah up sikit, baru untung besar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...